Skip to main content

Selebriti

Neelofa, PU Riz Jawab Dakwaan Harga Majlis Ilmu Mahal - “Apa Yang Mereka Dapat Setimpal Dengan Harga, Bukan Hanya Sekadar Datang & Balik”

Neelofa, PU Riz

Sekilas

  • Neelofa dan PU Riz menjelaskan bahawa harga kelas agama yang mereka anjurkan adalah setimpal dengan nilai yang diterima, termasuk lokasi di hotel lima bintang, makanan, dan goodie bag.
  • Mereka menegaskan majlis ilmu tersebut memberi pengalaman berbeza dan kesan emosi yang membuatkan peserta ingin hadir lagi.
  • Riz berharap program ini dapat diperluas kepada lebih ramai orang dan disesuaikan untuk pelbagai golongan, walaupun ada yang mempertikaikan harga tiket sekitar RM850.

Pasangan selebriti Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz tampil menjelaskan mengenai kecaman netizen yang mempertikaikan harga bayaran bagi kelas agama anjuran mereka.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, apa yang ditawarkan dalam kelas tersebut adalah setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

“Saya rasa mereka yang pernah hadir tahu the value yang mereka dapat. Bertempat di hotel lima bintang, makanan, goodie bag, intipati konten yang mereka dapat.

“Apa yang kami sediakan daripada majlis majlis itu, terutamanya tiket yang paling tinggi iaitu platinum, alhamdulillah, sampai ke hari ini tidak ada seorang pun yang datang merungut.

“Dengan apa yang mereka dapat, kita lihat majlis agama itu berada di tempat yang tinggi maksudnya bukan sekadar datang biasa, pergi dan balik.

“Kami beri lebih daripada pengalaman, kita beri efek emosi dan beri mereka untuk datang lagi dan lagi,” ujarnya.

Neelofa dan Haris berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Mualim Muda yang berlangsung di LMP Hall, Petaling Jaya pada Rabu.

Dalam pada itu, Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 30, juga berkata majlis ilmu itu bertujuan untuk memberi satu pengalaman berbeza buat semua tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.

Malah kata Riz lagi, tetamu undangan dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka secara eksklusif dalam majlis anjuran itu.

“Ilmu yang disampaikan boleh juga dapat di luar sana. Cuma mungkin dengan pendekatan berbeza. Kami hanya mahu angkat industri ceramah ke tahap lebih tinggi.

“Kamu juga bawakan rakan-akan secara eksklusif untuk kongsi pengalaman mereka.

“Jika ada yang rasa sesuai untuk bayar bagi satu sesi yang baik, mengapa tidak?” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Haris berharap penganjuran program itu akan dapat diperluas kepada lebih ramai orang.

Malah dia juga berhasrat untuk mengadakan majlis itu mengikut kesesuaian pelbagai golongan.

Terdahulu, menerusi beberapa hantaran di media sosial ada segelintir pihak meluahkan rasa kurang senang melihat harga majlis ilmu yang dianjurkan mereka.

Dikatakan harga sekitar RM850 tidak wajar dikenakan untuk sebuah majlis ilmu.

Must-Watch Video

Advertisement