Skip to main content

Rancangan Realiti

Neelofa Puji Bakat Mualim Muda, Teruja Jadi Juri - “Dengan Hati Yang Terbuka, Saya Nak Belajar & Terima Untuk Kebaikan Diri”

Neelofa Mualim Muda

Sekilas

  • Noor Neelofa berasa teruja menjadi juri program dakwah Mualim Muda dan melihat bakat pendakwah muda yang berbakat.
  • Neelofa menganggap peranan juri sebagai peluang pembelajaran untuk dirinya selain menilai peserta.
  • Mualim Muda akan disiarkan mulai 19 Disember di Astro Oasis, Astro Prima, serta boleh distrim di Astro GO dan sooka.

Pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa menyifatkan penglibatannya sebagai juri program dakwah Mualim Muda sebagai satu pengalaman baharu yang mengujakan.

Menurut Neelofa, peluang berada di kerusi juri membuka ruang kepada dirinya untuk melihat sendiri bakat dan potensi pendakwah muda yang diketengahkan dalam program tersebut.

“Ini pertama kali saya berada dalam pertandingan  Mualim Muda seperti ini dan menjadi juri. Saya lihat ramai peserta yang berbakat.

“Sejujurnya ramai yang ada bakat dan gaya penyampaian yang baik untuk menjadi seorang pendakwah.

“Saya tak boleh nak komen banyak dari segi ilmu dan apa yang mereka ada, tapi untuk minggu pertama ini secara keseluruhannya mereka buat dengan baik,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Neelofa turut mengakui peranannya sebagai juri bukan hanya sekadar menilai, malah menjadi ruang pembelajaran untuk dirinya sendiri.

“Sebenarnya saya teruja dan seronok sebab saya sendiri pun datang sini dengan niat kalau ada apa-apa ilmu daripada mereka, dengan hati yang terbuka saya nak belajar dan terima untuk kebaikan diri sendiri juga.

“Dalam masa yang sama, menjadi sebahagian daripada program yang melahirkan pendakwah muda selepas ini,” ujarnya.

Minggu pertama Mualim Muda menyaksikan Zaimi, Saad dan Ashraf berada di kedudukan tiga terendah.

Bagaimanapun nasib menyebelahi mereka apabila tiada penyingkiran diumumkan.

Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program. 

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 

Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.

Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.

Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.

Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi. 

Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka. 

Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. 

Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement