Skip to main content

Selebriti

Neelofa Tak Putus Asa Belajar Bahasa Arab - “Moga Allah Rezekikan Untuk Baca Al-Quran & Faham Tanpa Tengok Maksud”

Neelofa belajar bahasa arab

Pelakon dan usahawan, Noor Neelofa kini lebih selesa mengisi masa lapangnya dengan mempelajari bahasa Arab.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Insta Story, Neelofa, memaklumkan tujuan utama dia mempelajari bahasa Arab adalah untuk memahami isi Al-quran tanpa merujuk pada maksud.

Advertisement

“Kelas bahasa arab lagi dan lagi. Perjuangan demi mencintai Al Quran lagi dan lagi. 

“Belajar bahasa Arab ni, moga Allah rezekikan untuk baca Al Quran boleh faham maksud sebiji sebiji  tanpa tengok maksud, amin ya rabb aminn,” tulisnya.

Sebelum ini, Neelofa meluahkan rasa syukur dan gembira atas pencapaian dirinya yang berjaya mempelajari bahasa Arab sehingga mampu menghabiskan 10 topik dalam jilid satu.

Bagaimanapun kata Neelofa, dia masih perlu berusaha dan terus berdoa agar hatinya sentiasa lapang serta dipermudahkan untuk menguasai bahasa Arab agar mudah memahami isi Al-Quran.

Isteri kepada penceramah bebas PU Riz ini juga berkongsi, sebelum ini dia pernah mengikuti kelas bahasa Arab, namun terkandas di pertengahan jalan.

 

Must-Watch Video

Advertisement