Skip to main content

Hiburan

Nelayan Dakwa Terjumpa Objek Disyaki Muntah Paus, Netizen Ucap Tahniah - “Jutawan Ekspres In Real Life Ke Ni?”

Jutawan Ekspres

Sekilas

  • Seorang nelayan di Kemasik, Terengganu menemui objek putih besar menyerupai ketulan lilin yang disyaki muntah paus ketika mencandat sotong.
  • Penemuan itu menarik perhatian ramai yang menganggap nelayan tersebut bertuah dan berpotensi mendapat rezeki besar.
  • Kisah ini turut dikaitkan dengan drama terbaru Astro Ceria, Jutawan Ekspres 2, yang akan ditayangkan mulai 17 Julai setiap Jumaat jam 2 pagi.

Bagai bulan jatuh ke riba, itulah perumpamaan yang sesuai diberikan buat seorang nelayan yang mendakwa dirinya menemui objek menyerupai ketulan lilin disyaki muntah paus.

Difahamkan, nelayan yang dikenali sebagai Mohd. Raffi Yusoff itu menjumpai objek tersebut ketika mencandat sotong di perairan Kemasik di Kemaman, Terengganu pada Khamis lalu.

“Saya ternampak objek putih yang agak besar terapung di permukaan laut sewaktu dalam perjalanan untuk mencandat sotong.

“Mulanya ingatkan ia sekadar pelampung atau gabus namun apabila didekati rupanya lebih menyerupai ketulan lilin,” kata­nya.

Berita itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya menyifatkan individu itu sebagai bertuah.

Mereka juga menzahirkan ucapan tahniah kepada nelayan tersebut kerana menjumpai objek yang dikatakan bernilai tinggi.

“Jutawan ekspres in real life ke ni.

“Teringat satu cerita yang terjumpa muntah paus terus jadi kaya,” komen netizen.

Kisah nelayan ini sedikit sebanyak dapat dikaitkan dengan drama bersiri terbaharu di Astro Ceria yang bertajuk Jutawan Ekspres 2.

Jutawan Ekspres 2 mengisahkan tentang Yusni dan Yunos yang kembali dengan tekad baharu untuk mengejar impian menjadi jutawan, namun langkah mereka sekali lagi tersasar apabila terjebak dalam peluang pelaburan yang meragukan.

Tanpa disedari, mereka diperdaya oleh satu skim mencurigakan yang seakan-akan mempunyai kaitan dengan Amir, individu yang disangka telah lama meninggal dunia. Dalam kesibukan mengejar keuntungan, hubungan Yusni dan Yunos mula diuji apabila masing-masing memilih untuk menyembunyikan kebenaran demi menjaga ego.

Jangan lepaskan Jutawan Ekspres 2, bermula 17 Julai, setiap Jumaat, jam 2 malam di Astro Ceria. Dibintangi oleh Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Bell Ngasri, Azhan Rani, Azhar Sulaiman, Sazzy Falak dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

BGM POLO LADIES H-SHAPED SLIP-ON DENIM SANDAL-BP-LS146HSD-KC

BGM POLO LADIES H-SHAPED SLIP-ON DENIM SANDAL-BP-LS146HSD-KC

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's Hepburn style long solid color pleated skirt Loose A-line skirt Large hem

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's Hepburn style long solid color pleated skirt Loose A-line skirt Large hem

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Amy Enjoy Life Women's Textured V-Neck Blazer with Asymmetrical Hem AC5CC062

Amy Enjoy Life Women's Textured V-Neck Blazer with Asymmetrical Hem AC5CC062

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Must Watch Video

Advertisement