Skip to main content

Hiburan

Nelydia Senrose Sebak Bila Tahu Diri Hamil, Titip Pesanan Buat Wanita TTC - “Jangan Putus Harapan, Allah Akan…”

Astrogempak Nelly

Sekilas

  • Datin Nelydia Senrose berkongsi rasa sebak dan syukur apabila disahkan hamil anak pertama selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
  • Pelakon itu mengalami alahan teruk pada tiga bulan pertama kehamilan tetapi tetap menikmati pengalaman tersebut.
  • Nelydia mengucapkan terima kasih atas doa peminat dan memberi semangat kepada mereka yang sedang menanti kehamilan agar tidak berputus asa.

Pelakon, Datin Nelydia Senrose mengakui dirinya berasa sebak ketika mendapat berita mengenai kehamilan pertamanya beberapa bulan yang lalu.

Menurut pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen ini, dia menganggap kehamilan yang dikurniakan selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan suami, Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid sebagai satu rezeki yang tidak disangka-sangka.

“Waktu dapat tahu saya rasa sebak sebab ia satu rezeki yang tak disangka-sangka. Alhamdulillah syukur sebab seperti yang ramai ketahui, sudah tujuh tahun saya nantikan momen ini.

“Saya sangat gembira, bersyukur dan dalam masa yang saya masih memerlukan doa-doa daripada semua orang. Doakanlah sampai saya berjaya sampai akhir, Insya-Allah,” katanya kepada Gempak.

Nelydia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Majlis Perasmian Restoran Seminyak bertempat di KLGCC Mall, Bukit Kiara pada Khamis.

Ditanya mengenai perjalanannya mendapatkan zuriat, pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai perkara tersebut.

Dalam masa yang sama, Nelydia percaya kehamilannya itu juga datang daripada doa yang dizahirkan orang tersayang terhadapnya.

“Alhamdulillah, saya percaya rezeki Allah datang tepat pada waktunya. Soalan-soalan macam ni bukan baru, dah lama orang tanya.

“Cuma saya tak pernah terlalu terbuka tentang perjalanan saya. Bagi saya, hal berkaitan prosedur perubatan itu adalah urusan peribadi untuk dikongsikan.

“Saya tak pernah putus doa, dan doa daripada semua juga sangat bermakna. Kita tak tahu doa siapa yang dimakbulkan, jadi saya percaya semuanya adalah aturan Allah. Saya hanya menerima dengan hati terbuka,” katanya lagi.

Mengulas mengenai cabaran sepanjang kehamilan, Nelydia berkata dia mengalami alahan teruk pada tiga bulan pertama kehamilan namun mengakui seronok merasai pengalaman itu.

“Tiga bulan pertama memang saya alami alahan, agak teruk juga seperti tak ada selera makan.

“Pada awalnya agak terkejut sebab tak pernah tahu perasaan itu macam mana tetapi saya enjoy sebab memang saya berdoa untuk rasai (kehamilan).

“Cuma nak kata teruk sangat itu tidaklah dan saya pun tak ada mengidam nak makan apa-apa,” kongsinya.

Sementara itu, Nelydia menitipkan ucapan terima kasih buat semua peminat yang tidak putus mendoakannya malah, dia turut menitipkan kata semangat buat mereka yang sedang menanti kehamilan untuk tidak putus harapan dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT.

“Kepada semua yang masih menanti (kehamilan) itu, saya percaya akan tiba waktunya. Jangan putus asa, jangan mengalah dan kena ada keyakinan. Sentiasa kena percaya yang sesuatu yang kita nak tu, mungkin Allah akan bagi kita pada waktu yang tepat.

“Jadi kita hanya sentiasa bersangka baik kepada Allah, sentiasa berfikiran positif, Insya-Allah bila tiba waktunya, semuanya akan berjalan dengan lancar. Terima kasih juga atas doa kalian,” katanya lagi.

Terdahulu, Nelydia mengumumkan berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil anak pertama.

Menurut Nelydia, dia menganggap kehamilan itu sebagai hadiah paling bermakna bersempena ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh bersama suami.

Untuk rekod, Nelydia dan Hafez mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Must-Watch Video

Advertisement