Sekilas
- Nelysa Norazlan pesan generasi muda jangan pilih kerja, cuba semua jenis kerja supaya lebih hargai usaha orang lain.
- Dia tekankan pentingnya berani berniaga, berkomunikasi dengan orang dan jangan ambil hati sangat bila kena marah kerja.
- Nelysa juga ingatkan jangan pandang rendah orang lain dan utamakan tanggungjawab jaga keluarga walau dalam keadaan susah.
Pempengaruh media sosial, Nelysa Norazlan menitipkan pesanan buat generasi muda untuk tidak memilih dalam soal pekerjaan.
Menerusi perkongsian di Instastory, Nelysa memberitahu dengan pengalaman bekerja di pelbagai tempat membuatkan seseorang akan lebih menghargai serta menghormati kerja orang lain.
“Bagi saya, buat saja semua kerja. Jangan nak buat yang glamour saja, bila dah cuba kerja FnB, cuba pula kerja corporate ke, so that bila kita dah keluar dari tempat tu kita lagi senang menghargai dan hormat kerja orang.
“Jangan malu berniaga, dan yang paling penting beranikan diri untuk communicate dengan orang in real life. Kena bear in mind, kena maki time kerja tu pun mematangkan kita, tak semuanya kita betul.
“Kalau salah kita akui, dan ubah benda tu. Dont take things too personal. (NEVER). Terasa tu biasa, tapi jangan mendalam sangat terasa tu. Kadang superior kita marah kita sebab dia pun kena marah. Pressure.
“Tapi kadang they didnt mean it. But the most important thing, jangan malu kalau kita ni bukan anak orang senang. Jangan compare diri kita dengan orang orang kaya. Nanti kita kurang bersyukur,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Nelysa juga berkata jangan pandang rendah terhadap orang lain dan fokus pada tanggungjawab untuk menjaga keluarga daripada perasaan sendiri.
“You do you, kalau orang cakap kita dan kita tahu kita bukan macam tu, diam je. Yang paling penting, jangan pandang rendah dekat orang. Kita tak tahu doa siapa Tuhan angkat.
“Bila kerja ingat satu je, perut family kita lebih utama dari perasaan kita. Put your feelings aside, tanggungjawab number satu. Kalau sedih pun lap air mata, kena fikir kalau kau sedih sedih nanti dorang nak makan apa kalau kita tak kerja. Lagi sedih.
“Dapat gaji belanja orang makan is the best feeling ever! Tak banyak pun tak apa, nasi lemak ke satay ke. Seronok! Kita ni bukanlah siapa-siapa nak cakap macam ni kan, bukan jutawan bukan bangsawan ke apa tapi saja kongsi,” katanya.