Skip to main content

Viral

"Netizen Asyik Body Shaming, Gemuk Pendek" - Prince Syed Tidak Manipulasi Isteri Buat Bariatrik, Nafi Jadikan 'Tikus Makmal' Untuk Jual Ubat Kurus

prince_syed_fatin

Pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed mengesahkan isterinya, Fatin Syazwani pernah menjalani pembedahan bariatrik namun bukan atas ugutan atau pujukannya.

Sebaliknya, keputusan isterinya itu atas kehendaknya sendiri demi mendapatkan tubuh badan yang diidamkan.

"Memang betul Fatin buat pembedahan bariatrik. Tapi saya nak jelaskan satu perkara. Saya dah banyak kali cakap dengan dia, jangan buat. Dah pesan berkali-kali, 'jangan buat, jangan buat, jangan buat' tapi dia tetap juga nak buat sebab dia dah lama tertekan dengan body shaming.

"Allah bagi kelebihan padanya, rupa paras dia memang cantik, Alhamdulillah. Tapi bila orang komen, asyik-asyik cakap benda sama, 'muka cantik tapi gemuk, pendek', macam-macam orang kutuk pasal fizikal dia, sampai dia yang asalnya jenis tak kisah pun jadi makan hati.

"Saya cakap dengan dia, 'abang tak menggalakkan, tapi abang juga tak menghalang. Kalau itu keputusan sayang dan sayang yakin itu yang terbaik, abang hormati'. Itu saja," katanya kepada Gempak.

Advertisement

Jelas Prince Syed lagi, isterinya mendapat keyakinan untuk melalukan prosedur itu kerana prosesnya melibatkan bius.

"Saya tanya dia kenapa. Dia jawab, 'abang kena faham. Ada orang trauma dengan urusan gigi. Tapi pembedahan ni lain. Doktor bagi bius, tidur, sedar-sedar dah siap. Ramai kata tak sakit langsung, sebab tu yakin nak buat'.

"Lepas tu dia minta saya tolong kumpulkan duit untuk buat pembedahan. Bariatrik ni bukan baru, dah lama dia cakap nak buat," katanya yang melakukan prosedur itu di sebuah hospital di Ipoh, Perak.

Dalam pada itu, Prince Syed menafikan dakwaan dirinya mengongkong isteri dan berniat untuk menjadikan suri hatinya itu tikus makmal untuk menjual ubat kurus.

"Ramai orang ingat saya kongkong dia, tapi bila masa saya kongkong. Untuk apa saya nak kongkong isteri? Kalau saya jenis macam tu, dah lama saya buat.

"Saya tak pernah larang dia jumpa keluarga, tak pernah pisahkan dia dengan sesiapa.

"Cuma orang luar tak faham. Isteri saya ni ada pendirian sendiri. Kadang-kadang bila dia buat keputusan, dia buat secara tiba-tiba sampai saya sendiri terkejut.

"Macam keputusan nak buat pembedahan bariatrik pun, dia buat senyap-senyap. Dia tak nak orang tahu sebab tak nak orang bising. Dia cakap, 'kalau abang beritahu orang, maknanya abang tak sayang saya'.

"Jadi saya diam, sebab saya kena pegang amanah. Orang luar mungkin salah faham, ingat saya yang buat keputusan, tapi sumpah demi Allah, tidak. Keputusan semua datang daripada dia sendiri. Dia cuma tak nak kecoh, tak nak orang tahu sebab takut nanti orang terdekat akan bising," tambahnya.

Terdahulu, tular di laman sosial video seorang wanita mendakwa dirinya ibu mentua Prince Syed ke sebuah rumah dan memaklumkan menantunya lari dan menghalang anak serta cucu berjumpa dengannya.

Dalam video sama, wanita berkenaan turut mendakwa Prince Syed berkahwin dengan Fatin Syazwani untuk menjadikan wanita itu tikus makmal dengan memaksa menjalani pembedahan bariatrik bagi menjual produk pelangsingan badan.
 

Must-Watch Video

Advertisement