Kemunculan anak usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida iaitu Qadejah El Zahra bersama Hadie menjadi perhatian netizen.
Hal itu berlaku selepas Shahida berkongsi satu video pendek merakamkan gelagat Qadejah atau lebih mesra dipanggil Cess sedang berbual bersama Hadie yang merupakan anak kepada penyanyi, Ina Naim.
Advertisement
Bagaimanapun video tersebut bukanlah hanya sekadar berbual sebaliknya merupakan rakaman pendek Hadie dan Cess mempromosikan resort milik bapanya iaitu Sugeh Resort Janda Baik.
Disebabkan video itu, rata-rata netizen menyukai cara Hadie yang juga merupakan bintang program Talk To My Manager dan Cess menjaga adab dan batasan ketika berkerja.
Malah netizen juga seolah-olah ingin menjodohkan mereka berdua dan berharap agar Shahida serta Aliff merestui hubungan kedua anak muda itu.


Berikut merupakan video penuh Hadie dan Cess: