Majlis pernikahan pelakon popular, Fattah Amin bersama penyanyi Amira Othman pada Ahad lalu masih menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
Menerusi beberapa video yang dimuat naik di TikTok, rata-rata netizen tertanya-tanya tentang kelibat adik lelaki Fattah yang tidak kelihatan dalam sesi bergambar keluarga.
Advertisement
Spekulasi itu tercetus selepas seorang pengguna TikTok, Edy Noor Reduan yang difahamkan bapa saudara kepada Fattah, berkongsi rakaman bapa aktor tersebut, Mohd Amin sedang sibuk menekan skrin telefon ketika anaknya membuat siaran langsung bersama Amira.
Namun, tumpuan ramai beralih ke ruangan komen apabila ada netizen yang bertanya mengenai adik lelaki Fattah.

“Acik, anak lelaki acik seorang lagi di mana ya? Tak hadir kenduri abang kahwin?” soal seorang pengguna dengan nada lembut.
Menjawab pertanyaan itu, Edy menjelaskan bahawa Fattah sememangnya mempunyai seorang adik lelaki, namun perwatakannya agak pendiam.
“Ya ada, introvert sikit haha,” balas Edy ringkas.
Sebelum ini, ramai yang mempersoalkan ketiadaan Farhan apabila dia tidak muncul dalam mana-mana foto keluarga sepanjang majlis bersejarah itu berlangsung.