Skip to main content

Hiburan

Netizen Dakwa Erra Fazira Terima ‘Job’ Saat Akhir Sebab Duit, Haliza Maysuri Tampil Pertahankan Primadona - “Suami Dia Lagi Kaya…”

Haliza Maysuri

Sekilas

  • Haliza Maysuri memuji Erra Fazira yang sanggup menggantikan Ziana Zain pada saat akhir untuk membuat persembahan di acara Oscar Gala Bawal Exclusive.
  • Haliza menafikan dakwaan bahawa Erra menerima tawaran itu kerana bayaran tinggi, sebaliknya menegaskan suami Erra, Mr E, adalah seorang usahawan kaya.
  • Menurut Haliza, Erra dimurahkan rezeki kerana mempunyai hati yang baik dan bukan kerana mengejar duit semata-mata.

Perkongsian usahawan terkenal, Haliza Maysuri yang memuji Primadona Negara iaitu Erra Fazira sanggau menggantikan penyanyi Ziana Zain pada saat akhir mendapat perhatian netizen. 

 

Ada dalam kalangan netizen mendakwa, kesudian Erra menerima pelawaan itu disebabkan mendapat bayaran yang tinggi. 

 

Bagaimanapun, Haliza menepis dakwaan tersebut dan menegaskan Erra bukan seorang yang mengejar duit malah suami selebriti itu iaitu Mr E atau Ezuwan Zaini sendiri sudah kaya. 

 

“Benda ni bukan fasal bayaran. Kalau fasal duit, suami dia lagi kaya. Suami dia usahawan, duit dalam bank berjuta. Setakat puluh ribu tu, suami dia boleh bagi.

 

“Kalau sebab duit, tak perlu Erra susah-susah,” kata Haliza menerusi perkongsian di Threads. 

 

Pada perkongsian yang sama juga, Haliza turut memberitahu Erra sentiasa dimurahkan rezeki kerana mempunyai hati yang baik. 

 

“Orang yang Allah murahkan rezeki ni, bukan sebab dia kejar duit. Tapi sebab hati dia baik. Sebelum komen, fikir dulu. Mulut kita ni cermin siapa diri kita,” katanya lagi.

 

Sebelum ini, Haliza Maysuri memuji Erra Fazira yang sanggup menerima tawaran untuk membuat persembahan pada saat akhir. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Haliza memberitahu Erra menggantikan penyanyi Ziana Zain yang terpaksa menarik diri disebabkan ketika itu arwah ibunya dalam keadaan kritikal. 

 

Kongsi Haliza lagi, biarpun keesokkan harinya Erra mempunyai majlis resepsi kedua namun isteri kepada Mr E itu ikhlas untuk hadir membuat persembahan di acara Oscar Gala Bawal Exclusive. 


Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement