Skip to main content

Hiburan

Netizen Gembira Tengok Fattah Amin & Fazura Sama-Sama Luang Masa Untuk Fatima - "The Most Beautiful Picture..."

seorang individu meluahkan rasa terharu apabila melihat hubungan baik Fazura dan Fattah demi kebahagiaan anak mereka.

Sekilas

  • Nur Fazura dan bekas suaminya, Fattah Amin, menunjukkan hubungan baik ketika sambutan Hari Kebudayaan di sekolah anak mereka, Nur Fatima Aisya.
  • Netizen terharu melihat kematangan mereka dalam menjaga kebahagiaan anak walaupun sudah bercerai pada Oktober 2024.
  • Fatima bangga dapat membahagiakan kedua ibu bapanya melalui persembahan di sekolah sempena sambutan tersebut.
Advertisement

Momen istimewa yang mempertemukan pelakon Nur Fazura, bekas suaminya Fattah Amin 
ketika sambutan Hari Kebudayaan di sekolah anak mereka, Nur Fatima Aisya berjaya menyentuh hati netizen. 

Menerusi hantaran di Threads, seorang individu meluahkan rasa terharu apabila melihat hubungan baik Fazura dan Fattah demi kebahagiaan anak mereka.

“Nak nangis tengok gambar ni 🥹Happy bila tengok hubungan baik diorang ni😍semoga Fazura dan Fattah sentiasa berbaik demi Fatima,” tulis individu tersebut.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui sebak melihat kematangan kedua-duanya dalam menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa meskipun tidak lagi bergelar suami isteri.

Pada masa sama, netizen juga mendoakan agar hubungan baik yang terjalin terus berkekalan demi membesarkan Fatima dalam suasana penuh kasih sayang.

Advertisement

“Alhamdulillah… sedih tapi gembira tengok mereka bertiga. Demi anak berbaiklah Faz Fattah & Amira demi Fatima. Bahagia tgk mereka berbaik. Utk Saya sebagai Fan Faz yg sgt syg pada nya .. happy sgt ❤️

“First tengok gambar ni tadi terus air mata saya mengalir🥹

“Semoga yg baik untuk Kakak fazura dan abang Fattah

“Syukur Alhamdulillah..baik untuk Fatima juga

“The most beautiful picture among all the pictures I look today😍

“Best kan tgk yg baik2 begini.Come on everyone..Support all of them. Proud of you Fazz, Fatah, Fatimah, Amira and baby Jarir…

“Nangis gembira tgk gambar ni, Betapa mereka bertiga sedang berdamai dengan takdir masing²

“Hati yang baik. Demi anak. Anak tak salah. Ibu bapa cerai pun bukan kesalahan. Co-parenting,” komen netizen. 

Terdahulu, Nur Fatima Aisya menyorot perhatian apabila berkongsi momen istimewa sewaktu dirinya menyambut sambutan Hari Kebudayaan di sekolahnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fatima meluahkan rasa gembira kerana dapat membanggakan kedua-dua ibu bapanya yang juga pelakon, Nur Fazura dan Fattah Amin, menerusi persembahan yang dilakukannya bersempena sambutan tersebut.

Untuk rekod, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia enam tahun.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement