Sekilas
- Maryam Younarae berkongsi video anak sulungnya, Rina, yang sedang belajar bahasa Arab selepas pulang dari sekolah.
- Rina menunjukkan kebolehan bertutur bahasa Arab dengan ayat mudah seperti 'Man anta' dan 'Ana Maryam'.
- Perkongsian ini mendapat perhatian ramai yang kagum dengan kebijaksanaan Rina menguasai pelbagai bahasa pada usia muda.
Perkongsian pempengaruh media sosial dan usahawan, Maryam Younarae yang memuat naik video sewaktu dirinya mengambil anak sulungnya, Rina pulang dari sekolah telah meraih perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dibuat, dapat dilihat Rina sedang berkongsi ilmu tentang bahasa Arab yang dipelajarinya di sekolah.
“Kalau Rina tanya mama, ‘Man anta’. Mama kena kena jawab, ‘Ana Maryam’,” kongsi Rina.
Di ruangan kapsyen, Maryam dilihat sempat berseloroh mengatakan bahawa dirinya baru sahaja hendak menguasai bahasa Melayu namun anaknya sudah mula mempelajari bahasa Arab.
“Aku baru nak pandai cakap bahasa Melayu, sekali Rina dah cakap Arab,” seloroh Maryam.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum melihat kebijaksaan Rina dalam menguasai pelbagai bahasa.

Sumber: Instagram