Sekilas
- Nora Danish menjadi tular di Threads kerana sikapnya yang peramah, suka membantu, dan tidak sombong.
- Netizen berkongsi pengalaman positif bertemu Nora, termasuk bantuan mempromosikan jualan di acara Starvendor.
- Selain Nora, artis seperti Sweet Qismina, Azira Shafinaz, dan Nabila Huda turut dipuji kerana sikap baik mereka.
Susulan tular di platform Threads satu trend di mana netizen berkongsi pengalaman mereka yang berhadapan dengan selebriti yang tidak sombong peramah dan suka membantu, nama pelakon Nora Danish merupakan antara menjadi sebutan.
Bagaimanapun, pelakon yang terkenal dengan tagline “kita enjoy” ini menjadi perhatian bukan disebabkab perkara negatif sebaliknya sikap peramah, suka membantu dan keprihatinannya terhadap orang lain yang menjadi tumpuan.
Menerusi perkongsian netizen di Threads, rata-rata mereka meluahkan rasa terharu dan menyukai cara layanan Nora yang disifatkan sebagai ikhlas serta tidak sombong.
Malah seorang netizeb juga mendedahkan dirinya pernah dibantu Nora untuk melariskan jualannya di acara Starvendor sebelum ini.
“Nora Danish, saya pernah niaga dalam event Starvendor. Booth saya sebelah booth dia. Nora jual pancake.
“Saya jual mojito soda. Jadi Nora promo sesiapa nak bergambar dengan dia wajib beli pancake dia dan soda saya. Hasilnya soda saya laku keras sold out,” kongsi individu tersebut.

Bukan itu sahaja, malah beberapa individu lain juga turut berkongsi pengalaman mereka bertemu dengan Nora secara tidak sengaja antaranya:
“Dia menuruni sifat mak dia. Baik hati dan dengan orang tak sombong,”
“ND memang baik, pernah jumpa secara tak sengaja. Orangnya humble sahaja,”
“Yaa, dia sangat lah soft spoken dan baik, dalam carta utama artis tak sombong,”
Selain Nora, artis yang sikapnya dipuji netizen adalah Sweet Qismina, Azira Shafinaz, Nabila Huda dan ramai lagi.
Sumber: Threads