Skip to main content

Hiburan

Netizen Kupas Watak Aaron Aziz Dalam Bidadari Tanpa Syuga, Lelaki Narsistik Jadi Topik Perbincangan - “Bila Dia Tak Dapat…”

ASTROGEMPAK Aaron Aziz

Sekilas

  • Drama Viu Original Bidadari Tanpa Syurga mencetuskan perbincangan hangat mengenai isu narcissistic abuse, manipulasi emosi, dan penyalahgunaan agama dalam hubungan.
  • Babak drama yang memaparkan tingkah laku seorang narcissist mendapat puluhan ribu tanda suka dan ribuan komen, membuka ruang penonton berkongsi pengalaman sebenar mereka.
  • Lakonan Datuk Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa berjaya mengangkat realiti masyarakat, menjadikan drama ini lebih daripada sekadar cerita rumah tangga biasa.
Advertisement

Drama Viu Original Bidadari Tanpa Syurga terus menjadi bualan hangat apabila satu hantaran di Threads yang mengatakan ‘This is what we called narcissist guys’ mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen. 

 

Advertisement

Rata-rata netizen membincangkan mengenai isu ‘narcissistic abuse’, manipulasi emosi dan penyalahgunaan agama dalam sesebuah hubungan.

 

Hantaran tersebut yang memaparkan salah satu babak drama itu menerima puluhan ribu tanda suka serta ribuan komen dan perkongsian, sekali gus membuka ruang kepada orang ramai berkongsi pengalaman sebenar mengenai hubungan toksik yang pernah mereka lalui.

Advertisement

 

Apa yang menarik, majoriti perbincangan bukan lagi tertumpu kepada jalan cerita drama semata-mata, sebaliknya berkembang menjadi perbualan mengenai tingkah laku seorang narcissist, khususnya apabila agama dijadikan alat untuk mengawal, memanipulasi dan membuatkan pasangan sentiasa berasa bersalah.

 

"The point is about the husband being a narcissist... bila dia tak dapat apa yang dia nak, dia gunakan benda yang dia rasa boleh guilt trip orang.

 

"Bila orang dah meletup, narcissist akan play victim sebab diorang pandai disguise keburukan dengan kebaikan.

 

"Yes exactly. Orang narc dia memang suka gunakan agama supaya boleh tunduk mangsanya.

 

“Nars + penunggang agama jugak ni. Apa hujah dia akan gunakan agama untuk buat wife rasa bersalah.

 

"Narcissist ni... last sekali hang jugak yang salah. Dia akan pusing buat benda tu jadi salah hang ikut mana pun,” komen beberapa wargamaya. 

 

Sejak ditayangkan, Bidadari Tanpa Syurga bukan sahaja menarik perhatian menerusi konflik kekeluargaan yang dipaparkan, malah turut mengundang pelbagai pandangan daripada penonton yang melihat persamaan antara situasi dalam drama dengan realiti kehidupan. 

 

Malah ada yang menganggap watak Azlan begitu dekat dengan realiti sehingga mengingatkan mereka kepada individu yang pernah hadir dalam kehidupan sebenar.


 

Perbincangan hangat di media sosial membuktikan  Bidadari Tanpa Syurga bukan sekadar sebuah drama mengenai rumah tangga, sebaliknya berjaya mencetuskan kesedaran mengenai manipulasi emosi, narcissistic abuse, gaslighting serta penyalahgunaan agama dalam hubungan.

 

Melalui lakonan mantap Datuk Aaron Aziz sebagai Azlan dan Nadiya Nisaa sebagai Farhah, siri ini mengangkat satu realiti yang dekat dengan masyarakat sehingga mendorong ramai penonton berkongsi pengalaman sendiri dan membuka ruang kepada perbincangan yang lebih luas mengenai kesihatan emosi dalam sesebuah hubungan.


 

Bidadari Tanpa Syurga ditayangkan secara eksklusif di Viu mulai 11 Jun 2026 lalu dengan episod baharu pada setiap hari Khamis dan Jumaat. 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

Must Watch Video

Advertisement