Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, 53, menjadi perhatian netizen selepas hadir sebagai tetamu jemputan di segmen 3 Pagi Era bersama pengacara, Roslan Shah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era.je, kelihatan Vida sedang tersenyum melihat gelagat tiga penyampai radio Era iaitu Nabil, Azad dan Radin mengusik Roslan.
Advertisement
Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah wajah Vida yang mengenakan solekan nipis membuatkan dia kelihatan lebih muda daripada usianya.
Di ruangan komen juga penuh dengan kata-kata positif netizen yang lebih menyukai penampilan sederhana Vida.
Malah, ada juga yang menyamakan wajah Vida mirip dengan penyanyi, Iman Troye.
Berikut merupakan video Vida: