Skip to main content

Filem

Netizen ‘Naik Bulu Roma’ Tengok Teaser Malam Terlarang, Ramai Dah Masuk Watchlist! - “Vibe Retro Dia Creepy Lain Macam…”

malam

Belum pun ditayangkan, filem seram terbaru terbitan Astro Shaw bersama Infinitus Gold Sdn. Bhd. berjudul Malam Terlarang sudah pun mencetuskan fenomena apabila teaser trailer dan poster rasminya yang baru sahaja dilancarkan meraih pelbagai reaksi teruja daripada peminat genre seram tempatan.

Sedutan ringkas yang dikongsikan di media sosial sudah cukup untuk membuatkan ramai meremang bulu roma dan tidak sabar menantikan tayangan rasminya pada 30 Oktober ini.

Advertisement

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

“Whoa baru teaser, dah rasa seram-seram dia.

 

“Cerita ni memang masuk watchlist la confirm,” komen beberapa pengguna.

Tidak kurang juga yang memuji keunikan visual serta gaya penceritaan yang ditampilkan. 

“Jarang tengok genre seram tapi aesthetic cantik macam ni. 

“Vibe retro dia creepy lain macam,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad (Labu), filem ini turut diperkuat barisan pelakon hebat seperti Shasha Abedul sebagai Mawar, Zul Ariffin (Omar), Sofea Jane (Sarimah), Sabri Yunus (Mokhtar), Normah Damanhuri (Mak Noni), Haneesya Hanee (Pamakbul) dan Hasnul Rahmat (Haji Wahid).

Sinopsis

Malam Terlarang mengisahkan Mawar, gadis berusia 18 tahun yang terpaksa menangguhkan impiannya sebagai wartawan demi menjaga ibunya, Sarimah, dengan bantuan kakak tirinya, Safar. Namun segalanya berubah selepas kematian mengejut dalam keluarga mereka membawa kepada gangguan makhluk misteri yang memaksa Mawar menyiasat rahsia di sebalik tragedi itu.

Dalam masa sama, bapanya Omar sibuk dengan kempen politik bagi menggulingkan ketua partinya, Haji Wahid. Ketika penyiasatan semakin dalam, Mawar berdepan kejadian paranormal mengerikan yang dipandang remeh oleh ahli keluarganya. Akhirnya, dia dan bapanya perlu berhadapan musuh sebenar untuk membebaskan diri daripada kuasa gelap yang menghantui hidup mereka.

Malam Terlarang menjanjikan gabungan elemen seram, misteri dan emosi yang bakal membuatkan penonton tidak senang duduk sepanjang tayangannya di pawagam nanti.

Must-Watch Video

Advertisement