Skip to main content

Hiburan

Netizen Panik Imranul Effendy ‘Senyap’ Lebih 12 Jam Ketika Daki Gunung Kinabalu, Tuan Badan Respon - “Saya Okay Semua, Cuma…”

Imranul Effendy

Sekilas

  • Imranul Effendy, pempengaruh media sosial, mencetuskan kebimbangan netizen selepas tidak memberikan sebarang kemas kini lebih 12 jam ketika mendaki Gunung Kinabalu.
  • Beliau kemudian tampil memberi respon melalui Instastory dengan memaklumkan keadaan dirinya yang okay cuma sedikit penat serta berkongsi pemandangan indah dari puncak gunung.
  • Pendakian Imranul dibuat sebagai cabaran hasil komen netizen di video TikTok yang meminta dia mendaki gunung tertinggi tersebut.
Advertisement

Pempengaruh media sosial, Imranul Effendy mengundang rasa risau netizen selepas didakwa ‘hilang’ lebih 12 jam ketika melakukan pendakian di Gunung Kinabalu.

Menerusi Threads, rata-rata netizen dilihat meluahkan rasa risau selepas Imranul dilihat tidak berkongsi sebarang kemas kini mengenai dirinya ketika melakukan pendakian tersebut.

Advertisement

“Hi Imranul, dah lebih 12 jam since your
last update di puncak Kinabalu. Kami mak mak threads dah ghisauuu nih... are you ok?

“Serius lah tak ada apa-apa update pasal
Imranul??? Are you Okey??? Dari subuh sampai sekarang asyik ulang alik Instagram,
Tiktok dan Threads,” antara komen netizen.

Kebimbangan dan persoalan netizen itu kemudiannya terjawab apabila tuan punya badan tampil memberi respon.

Advertisement

Menerusi Instastory, pemuda yang tular menerusi muzik video Jodoh Lebaran itu berkongsi keadaan terkininya.

“Saya okay semua cuma penat sikit,” kongsinya.

Imranul turut berkongsi pemandangan dari atas Gunung Kinabalu yang sungguh dan dan cantik.

Sekadar info, pendakian Imranul di Gunung Kinabalu dibuat kerana hasil komen yang diberikan netizen terhadap video yang dimuat naiknya di TikTok.

Menerusi video tersebut, Imranul meminta orang ramai untuk meninggalkan komen memberikan cabaran yang rata-ratanya meminta dia pergi mendaki ke salah sebuah gunung tertinggi di dunia itu.

Sumber: Threads, Instastory

Anda mungkin berminat dengan

Everlast Unisex Adults Bronx Backpack (Black) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Bronx Backpack (Black) - Sports Direct One Size

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football PREDATOR CLUB Fold-Over Tongue Firm Ground/Multi Ground Football Boots Unisex Pink HQ2273

adidas Football PREDATOR CLUB Fold-Over Tongue Firm Ground/Multi Ground Football Boots Unisex Pink HQ2273

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

Must Watch Video

Advertisement