Skip to main content

Hiburan

Netizen Persoal Babak Jazmy Juma Beruniform Dalam Pejabat, Ini Pandangan Atikah Suhaime - “Walaupun Ia Tak Masuk Akal…”

Atikah Suhaime

Sekilas

  • Seorang individu mempersoalkan watak Jazmy Juma yang masih memakai uniform juruterbang walaupun hanya bekerja di pejabat dalam sebuah drama.
  • Pelakon Datin Atikah Suhaime menjelaskan keputusan pemakaian dan jalan cerita ditentukan oleh produksi, dan pelakon perlu akur walaupun ada yang tidak masuk akal.
  • Atikah turut berkongsi rasa kecewa apabila pelakon sering menjadi sasaran kritikan penonton walaupun mereka hanya menjalankan tugas lakonan.
Advertisement

Hantaran seorang individu yang mempersoalkan salah satu babak dalam sebuah drama yang dilakonkan pelakon Jazmy Juma menarik perhatian ramai. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran itu, individu berkenaan berasa hairan melihat watak yang dibawa Jazmy masih mengenakan pakaian seragam juruterbang walaupun hanya menjalankan tugas di pejabat.

 

“Dia ini CEO airline ke apa? Memanjang pakai uniform,” tulis individu tersebut. 

Advertisement

 

Hantaran berkenaan turut mendapat perhatian aktres Datin Atikah Suhaime yang mengakui sebagai pelakon menentukan aspek seperti pemakaian atau jalan cerita kerana segala keputusan telah ditetapkan oleh pihak produksi.

 

Katanya, walaupun ada perkara yang dirasakan tidak masuk akal, mereka tetap perlu meneruskan lakonan kerana itu merupakan sumber rezeki.

 

“Kadang-kadang, sebagai pelakon kita tak boleh lawan. Walaupun ia tidak masuk akal. Berlakon sajalah janji boleh bayar sewa dan bil,” kata Atikah. 

 

Pada perkongsian yang sama, pelakon kelahiran Singapura ini berkata dia amat mencintai dunia lakonan namun, situasi seperti itu kadangkala membuatkan dirinya berasa kecewa kerana pelakon akhirnya menjadi sasaran kritikan penonton.

 

“Hmmm those were the days. I love acting tapi tu la, benda-benda macam ini spoil. Lepas tu kita juga yang malu,” ujarnya lagi.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Must Watch Video

Advertisement