Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Netizen Persoal Nyanyi 'Jodoh Lebaran’ Berulang Kali, Aisha Retno: “Saya Akan Berikan Perhatian Yang…”

Aisha Retno

Sekilas

  • Seorang wargamaya di Threads mempersoalkan Aisha Retno yang didakwa kerap menyanyikan lagu Jodoh Lebaran dengan lirik yang diubah.
  • Aisha menjelaskan dia menukar lirik lagu itu kepada Jodoh Sumandak untuk sesuai dengan tema 'plot twist' dalam program Borneo Rising.
  • Dia turut menegaskan pilihan lagu itu dibuat kerana lagu lain tidak sesuai dengan tema dan dia mengubah genre lagu kepada swing jazz.
Advertisement

Seorang wargamaya di Threads mempersoalkan tindakan penyanyi Aisha Retno yang didakwa berulang kali menyanyikan lagu Jodoh Lebaran. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut turut berkongsi video memperlihatkan Aisha membuat persembahan di program Borneo Rising yang berlangsung pada Sabtu. 

 

“Dia ni memang ada satu lagu saja ke? Duk ulang-ulang lagu sama hanya tukar lirik,” tulis individu tersebut. 

Advertisement

 

Aisha bagaimanapun tampil menjelaskan dia menyanyikan lagu Jodoh Lebaran dengan menukar lirik kepada Jodoh Sumandak sesuai dengan tema malam itu iaitu ‘plot twist’. 

 

“Disebabkan anda meminta pencerahan… saya akan berikan perhatian yang awak mahukan dengan nada cubaan penuh kesusilaan untuk anda ya. 

 

“Jikalau menyanyi lagu ‘tak adil’, lagu tu sudah pernah dinyanyikan Petrova, kalau menyanyi lagu-lagu dalam album saya, ianya tidak menyatu dengan tema yang produksi sadurkan.

 

“Temanya adalah ‘plot twist’, maka lagu Jodoh Lebaran la yang dipilih untuk saya diberikan tugas mem-plot-twist kan lagu itu.

 

“Telusnya lagi saya merubah liriknya menjadi Jodoh Sumandak dengan genre swing jazz. Ok? Clear?,” jelas Aisha. 

 

Sumber - Threads

 

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement