Sekilas
- Pelakon Fazura berkongsi momen percutian bersama anaknya, Nur Fatima Aisya, di Paris yang mendapat pujian wargamaya atas kasih sayang dan kekuatan seorang ibu.
- Fazura menjelaskan dia sudah bersedia dari awal dengan menjaga kesihatan melalui aktiviti crossfit dan pilates demi menjaga anaknya dengan baik.
- Fazura turut berkongsi kegembiraan apabila hasrat anaknya untuk bergambar di hadapan Menara Eiffel tercapai, menggambarkan jiwa tenang dan kreatif Fatima.
Perkongsian foto dan video percutian pelakon Nur Fazura bersama anaknya iaitu Nur Fatima Aisya di Paris menarik perhatian wargamaya di laman sosial.
Sebuah foto yang memperlihatkan Fazura sedang dukung Fatima sambil mengangkat ‘stroller’ menerima pujian daripada wargamaya yang mengatakan aktres itu seorang ibu yang luar biasa.
“Tangan sebelah gendong anak, tangan sebelah gendong stroller. Memang patutlah syurga dibawah telapak kaki ibu.
“Walau betapa letihnya perjalanan itu, sebelah tangan pegang kereta sorong bayi, sebelah lagi memegang dunianya, namun senyuman Kak Faz tetap manis. Kasih sayang seorang ibu mengubah setiap langkah menjadi kekuatan, setiap saat menjadi makna. Ini bukan sekadar percutian, ia adalah kenangan yang dibaluti dengan cinta, tawa, dan kegembiraan yang tenang,” tulis beberapa wargamaya.
membalas perkongsian tersebut, Fazura memberitahu dia sememangnya sudah membuat persiapan awal menjaga kesihatan untuk menjaga anaknya sebaik mungkin.
“MasyaAllah TabarakAllah. Aturan Allah SWT cantik dan terbaik. Allah dah atur Faz aktif crossfit and pilates dari umur 20’s dulu.
“Alhamdulillah sekarang saya sudah bersedia dari awal untuk kesihatan diri sendiri dan untuk jaga anak sebaiknya mudah-mudahan… aminnn. Terima kasih ya Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Fazura menerusi perkongsian lain di Threads meluahkan rasa gembira apabila hasrat anaknya untuk bergambar di hadapan menara Eiffel tercapai.
“Paris! Idea Fatima tentang percintaan dan mencintai diri adalah dengan melukis potret dirinya di hadapan Menara Eiffel.
“Dia sememangnya seorang yang berjiwa yang tenang dengan dirinya sendiri mengikut rentaknya sendiri. Syukur kepada-Mu Ya Allah atas rahmat titisan salji yang juga diidamkannya,” kongsinya.
Sumber - Threads