Skip to main content

Selebriti

Netizen Puji Kak KM Manis Bertudung, Doa Semoga Terbuka Hati Untuk Berhijab - “Love Teruk! Cantik Sangat, Macam Orang Arab”

kak km manis bertudung

Sekilas

  • Usahawan kontroversi Kak KM mencuri perhatian netizen selepas tampil bertudung dalam satu perkongsian di Instagram.
  • Anaknya, Nabila, membantu Kak KM memakai hijab sebelum menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak Tahfiz.
  • Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan memuji penampilan manis Kak KM yang lebih sopan dengan hijab dan abaya.
Advertisement

Usahawan kontroversi, Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM menjadi perhatian netizen selepas muncul dengan penampilan bertudung.

Menerusi perkongsian di Instagram, Kak KM dilihat sedang bersiap dan dipakaikan hijab oleh anaknya iaitu Nabila.

Advertisement

“Nasib baik ada anak yang betul-betul pandai nak pakaikan tudung,” katanya ringkas.

Tidak hanya hijab, Kak KM juga kelihatan begitu manis dan sopan menyarungkan busana abaya pilihannya.

Difahamkan, penampilan Kak KM itu adalah untuk menghadiri sebuah majlis berbuka puasa bersama anak-anak Tahfiz.

Sementara itu, di ruangan komen pula rata-ratanya memberikan reaksi positif selain mendoakan agar Kak KM terbuka hati untuk berhijab suatu hari nanti.

Malah mereka juga mengatakan Kak KM kelihatan semakin cantik dan manis apabila mengenakan pakaian menutupi aurat serta bertudung.


Sumber: Instagram @kakkmsayang

Anda mungkin berminat dengan

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement