Sekilas
- Seorang pengguna Threads memuji kecantikan pelakon Nur Fazura yang menawan dari setiap sudut dalam sebuah video yang dimuat naik.
- Video tersebut mengaitkan kenyataan usahawan Nur Sajat yang menyatakan Fazura memang cantik dari semua angle.
- Pelakon Tiz Zaqyah turut bersetuju dan berkongsi bahawa jurukamera sering memilih Fazura sebagai subjek yang paling seronok dirakam kerana wajahnya yang cantik dan tajam.
Seorang individu menyorot perhatian di Threads apabila memuji kecantikan rupa paras pelakon, Nur Fazura.
Individu yang dikenali sebagai @cik_keding3513 itu memuat naik video memaparkan kejelitaan Fazura sambilmemuji rupa paras aktres itu yang disifatkan menawan dari setiap sudut.
Individu itu turut mengaitkan semula video tersebut kenyataan yang pernah dibuat usahawan sensasi, Nur Sajat.
“Betul la kata Sajat, Fazura ni memang lawa setiap angle! Team Fazura always!” tulisnya.
Perkongsian itu kemudiannya turut mendapat respon aktres, Tiz Zaqyah turut bersetuju dengan posting individu terbabit.
Kongsi Tiz, dia sendiri sering bertanyakan kepada jurukamera mengenai siapakah pelakon yang paling seronok untuk dirakam di hadapan kamera.
“Selalu tanya cameraman shoot muka siapa paling best. Selalunya jawapan dia Faz sebab every angle cantik and sharp. Kalau lukis pun sedap,” kongsinya.
Sumber: Threads