Anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Thalita menyorot perhatian netizen selepas meninggalkan satu komen di video nyanyian penyanyi, Umairah.
Menerusi hantaran tersebut, naib juara program Talk To My Manager itu memberikan gambaran dia sedang merindui ibunya.
“Ibu?” komen Thalita ringkas.
Thalita meninggalkan komen berkenaan selepas mendengar Umairah menyanyikan lagu lagu All I Ask nyanyian asal Adele.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan mengakui wajah serta suara Umairah dari sisi kelihatan mirip arwah Siti Sarah.
“Dari tepi macam Arwah Siti Sarah.
“Dari tepi macam arwah ibu Thalita, sedapnya suara Kak Umai.
“Ye Doh mirip dengan arwah Siti Sarah.
“Tata Repost cakap ibu, Noooo.
“Macam Siti Sarah lah.
“Tata boleh tak jangan buat kitaorang sedih,” komen netizen.
Netizen juga tidak ketinggalan memuji kelunakan suara Umairah membawakan lagu tersebut dengan baik sekali.
Sekadar info, Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19, meninggalkan Shuib dan empat orang anak hasil perkahwinan mereka.