Skip to main content

Selebriti

Netizen Sebak Lihat Zaquan Adha Kongsi Momen Lahir Hingga Saat Akhir Arwah Anak - “Part Bantuan Kecemasan & Kafan Tu Terus Jadi Tak Kuat…”

Netizen Sebak Lihat Zaquan Adha Kongsi Momen Lahir Hingga Saat Akhir Arwah Anak

Bekas pemain bola sepak Kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, berkongsi momen meruntun hati mengenai pemergian anak bongsunya, Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees.

Menerusi hantaran terbaharu di TikTok miliknya, Zaquan telah memuat naik video yang merakamkan detik kelahiran arwah Aisy sehinggalah ke saat-saat terakhir pemergiannya.

Advertisement

Antara detik yang meruntun jiwa adalah ketika arwah diberikan bantuan kecemasan semasa di dalam ambulan dan proses mengafankan jenazah.

“Hari Jumaat yang penuh rasa kerinduan saya dan isteri buat anak syurga kami. Sakit dan pedih bila perasaan ini sekali sekala datang,” coretnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat perkongsian Zaquan.

Malah netizen juga turut menitipkan doa buat arwah Aisy selain berkongsi pengalaman detik ketika kehilangann orang tersayang.

Terdahulu, pada 11 Februari lalu Zaquan memaklumkan berita pemergian anak bongsunya yang berusia enam bulan itu kepada umum di media sosial.

Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos 2024 dengan berat 2.3 kilogram.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.

 

@zaquanadha88 Hari Jumaat yg penuh rasa kerinduan saya dan isteri @Ayu raudhah buat anak syurga kami...sakit dan pedih bila perasaan ini sekali sekala datang..#AnakRamai ♬ RINDU - Yuda Pratama

Must-Watch Video

Advertisement