Sekilas
- Aina Abdul berkongsi video kenangan tujuh tahun di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) yang penuh bermakna baginya.
- Dia memenangi kategori Persembahan Terbaik dan Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee dengan hadiah wang tunai keseluruhan RM62,000.
- Aina juga mewakili Malaysia dalam Pertandingan Lagu Eurovision, menambah lagi pencapaian kariernya.
Penyanyi, Aina Abdul menyorot perhatian apabila berkongsi satu video memaparkan beberapa dirinya sebelum melakukan persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40).
Menerusi hantaran yang dibuat, Aina meluahkan penghargaan buat semua pihak yang menjadi tulang belakang sepanjang tujuh tahun penyertaannya di pentas berkenaan.
Ujar Aina, melalui pentas itulah dia dapat berkarya sepenuh hati dan menunjukkan visi dan misinya dalam bidang nyanyian.
“Saya nak ucap terima kasih kerana menjadikan tujuh tahun saya di AJL penuh bermakna. Di pentas inilah saya dapat berkarya sepenuh hati.
“Sama ada diterima ataupun tidak, sekurangnya saya dapat berkongsi visi dan seni saya. Saya puas.
“Buatlah apa yang menggembirakan awak, bukan buat apa yang orang fikir apa yang awak patut buat,” kongsinya.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang meluahkan rasa bangga dengan kejayaan pelantun lagu Kamu itu.
“Sebaklah pula part ini. Menang kalah belakang cerita yang penting orang dapat rasa apa yang Aina nak sampaikan,” kongsi individu tersebut.
Untuk info, Aina telah memenangi kategori Persembahan Terbaik yang menawarkan ganjaran wang tunai RM12,000 dan trofi menjadi milik Aina Abdul selepas mempamerkan persembahan yang memukau.
Pada malam kemuncak itu, Aina Abdul turut memenangi Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee yang turut membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Sumpah itu turut mewakili Malaysia di Pertandingan Lagu Eurovision (Eurovision Song Contest).
Sumber: Instagram, Threads