Skip to main content

Hiburan

Netizen Tanya Kenapa Pakai Shawl Sama, Ini Jawapan Amyza Aznan - "Ramai Rupa-Rupanya Perasan..."

AMYZA AZNAN

Sekilas

  • Amyza Aznan sering memakai shawl yang sama sebagai kenangan terakhir bersama anak sulungnya, Andre Mikhail, yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru tahap tiga.
  • Pelakon itu menjelaskan bahawa shawl tersebut mempunyai nilai sentimental yang besar dan dia tetap mencucinya walaupun memakainya setiap hari.
  • Andre Mikhail meninggal dunia selepas hampir setahun melawan penyakit, sementara anak keduanya, Adrian Adam, pula disahkan menghidap kanser tulang pada usia 18 tahun.

Sejak kehilangan anak sulung, Andre Mikhail, pelakon Amyza Aznan mengakui sering mengenakan shawl yang sama. 

 Menurut Amyza, shawl yang dikenakan itu mempunyai satu nilai sentimental yang amat besar buat dirinya. 

“Ramai rupanya yang perasan. Saya pakai shawl yang sama sebab itulah kenangan akhir saya dengan almarhum Andre Mikhail,” tulisnya.

Dalam masa sama, Amyza sempat berseloroh lembut menjawab pertanyaan netizen mengenai shawl tersebut.

“Tapi saya basuh tau walau pakai hari-hari,” tambahnya dalam nada lembut sambil senyum manis.

Terdahulu, anak kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail dimaklumkan telah mengembuskan nafas terakhir selepas hampir setahun bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Allahyarham difahamkan telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 10.30 malam. 

Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Amyza menerusi kemas kini di Instagram Stories.

Sekadar info, Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. 

Selang setahun, anak keduanya, Adrian Adam, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang dan perkhabaran duka itu dikongsi oleh aktres itu di platform media sosialnya sehingga mengejutkan ramai.

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must-Watch Video

Advertisement