Skip to main content

Hiburan

Netizen Tegur Warna Kening Terlalu Hitam, Wajah Tak Berseri, Kieda Crepe Bersuara - “Saya Tak Perlu Pendapat Orang…”

Netizen Tegur Warna Kening Terlalu Hitam, Wajah Tak Berseri, Kieda Crepe Bersuara - “Saya Tak Perlu Pendapat Orang…”

Sekilas

  • Usahawan Kieda Crepe tampil membalas teguran terbuka mengenai warna kening dan keadaan kulit wajahnya yang dibuat oleh seorang individu.
  • Kieda menegaskan teguran sepatutnya disampaikan secara peribadi dan dia selesa dengan penampilan sendiri serta mendapat sokongan suami.
  • Beliau juga menyindir individu yang memberi komen menggunakan akaun palsu dan menghargai penerimaan tanpa perbandingan.
Advertisement

Usahawan, Kieda Crepe atau nama sebenarnya Khalieda Yusra tampil bersuara selepas menerima teguran terbuka daripada seorang individu mengenai warna kening dan keadaan kulit wajahnya.

Menerusi komen berkenaan, Individu terbabit difahamkan meminta Kieda memperbaiki warna kening selain mendakwa wajahnya kelihatan kurang berseri serta menyarankan usahawan itu melakukan sesuatu terhadap kulitnya.

Advertisement

Tidak berdiam diri, Kieda berkata teguran sedemikian boleh disampaikan secara peribadi tanpa perlu dibuat secara terbuka.

“Kalau tak kecam, boleh saja ‘personal DM’ Kieda. Tak perlu secara ‘public’ dan Kieda juga akan jawab secara ‘public’.

“Saya tak perlukan pendapat orang sebab saya rasa apa yang selesa untuk saya, saya akan lakukan. Selagi saya tak mengganggu rumah tangga orang, saya harap orang tak sakit mata tengok diri saya macam mana sekalipun,” katanya.

Advertisement

Dalam masa sama, Kieda berkata dia lebih selesa menjadi dirinya sendiri apatah lagi suaminya menerima segala kekurangan dan kelebihan yang dimiliki.

“Suami kalau dia terima kita seadanya, kita lukis pakai ‘watercolour’ pun dia akan hargai dan cakap cantik saja.

“Lagipun suami saya tak suka saya nampak menyerlah sampai orang lain tertarik. Jadi memang saya selesa dengan apa yang saya pakai setiap hari. Terima kasih dan maaf kalau tak dapat ikut pendapat awak,” ujarnya.

Menerusi perkongsian lain, Kieda turut memuat naik tangkap layar komen tersebut sambil menyindir individu berkenaan yang didakwanya menggunakan akaun palsu.

“Hebatnya kata-kata orang sempurna di sebalik akaun palsu.

“Terima kasih sayang terima kekurangan dan kelebihan Kieda tanpa membandingkan Kieda dengan sesiapa,” tulisnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

SHOKUBUTSU Body Shower Foam Sakura 900g

SHOKUBUTSU Body Shower Foam Sakura 900g

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

Love Maya Ocean Indulgence (2 x 400ml)

Love Maya Ocean Indulgence (2 x 400ml)

Must Watch Video

Advertisement