Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee mendapat perhatian netizen selepas berkongsi pengalaman pertama membersihkan anaknya yang selesai membuang air besar.
Aqil berkongsi momen mencuit hati itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Advertisement
Video tersebut merakamkan detik lucu Aqil yang sedang berusaha menguruskan tahi anaknya sambil diperhatikan oleh ibunya.
Namun gelagat Aqil yang panik dan kelihatan agak kekok serta geli apabila najis itu terkena pada bahagian tangannya membuat netizen ketawa.
“Macam mana nak buat ni? Ei tangan dah terkena tahi,” katanya.
Bagaimanapun tidak lama kemudian, Aqil sudah dapat membiasakan diri dan berjaya membersihkan anaknya termasuklah membedung cahaya mata sulungnya itu dengan kemas.
“Pertama kali bersihkan tahi anak. Senang je nak bersihkan, lepas ni dah boleh buka kelas mengajar,” tulisnya berseloroh.
Sementara itu di ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan gelajat Aqil.
Malah mereka juga memberi sokongan dan mengucapkan tahniah kepada Aqil atas peranan barunya sebagai seorang bapa.
Selain itu, mereka turut memuji sifat kejujuran Aqil yang berkongsi sisi kehidupan peribadi yang tidak selalu dipaparkan oleh orang lain
Terdahulu, Aqil dan isterinya, Nur Iliyaa Jasmina Roslan berkahwin pada 20 Julai 2024.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayana Aqila pada 12 September 2025.
Untuk info, Aqil diminati kanak-kanak kerana sering berkongsi video berbentuk hiburan seperti demonstrasi alat permainan kanak-kanak, makanan, haiwan peliharaan dan sebagainya.