Skip to main content

Hiburan

Netizen ‘Terkedu’ Tengok Sabronzo Makan Ikan Mentah Dengan Tulang - “The Bone Is Very…”

Menerusi perkongsian di TikTok, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli dilihat bersahaja menikmati juadah yang dikenali sebagai Maatjes Haring.

Sekilas

  • Sabronzo dari kumpulan Dolla berkongsi video menikmati hidangan tradisional Belanda, Maatjes Haring, di TikTok.
  • Dia menjelaskan tulang ikan herring yang digunakan sangat lembut sehingga boleh dimakan sekali dengan isi.
  • Ramai netizen bertanya tentang bau hanyir ikan tersebut, sementara Maatjes Haring memang terkenal sebagai makanan tradisional Belanda yang diawet secara khas.
Advertisement


Penyanyi dan ahli kumpulan Dolla, Sabronzo menyorot perhatian wargamaya selepas berkongsi videonya menikmati hidangan tradisional daripada Belanda. 

Menerusi perkongsian di TikTok, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli dilihat bersahaja menikmati juadah yang dikenali sebagai Maatjes Haring. 

“Ya, beginilah cara tradisional untuk menikmatinya 😁,” tulis Sabronzo. 

Pada masa sama, timbul persoalan dalam kalangan warganet bagaimana Sabronzo menikmati ikan tersebut dengan tulangnya sekali. 

Menjawab persoalan tersebut, Sabronzo menjelaskan tulang ikan itu cukup lembut sehingga boleh dimakan sekali bersama isi.

“The bone is very soft so we eat the bones too 😉,” balasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa ingin tahu sama ada ikan tersebut mempunyai bau hanyir atau tidak.

“Sabrina makan apa tu? Tak hanyir ke ikan tu? 😅

“Ikan apa tu, Sab?

Advertisement

“Tak hanyir ke?

“Sabrina membesar dengan budu, apalah sangat ikan herring tu.” 

“Awak memang berani makan benda tu. 😳

“Tak hanyir ke baunya? Saya pula bukan semua jenis ikan boleh masuk tekak. Tak tahan sebab bau hanyir,” komen netizen

Sekadar info, Maatjes Haring atau Hollandse Nieuwe merupakan antara makanan tradisional paling terkenal di Belanda.

Hidangan itu menggunakan ikan herring muda yang diawet mengikut kaedah tradisional dan lazimnya dimakan bersama bawang cincang atau jeruk timun. 

Tulangnya yang halus dan lembut turut membolehkan ia dimakan sekali bersama isi ikan.
 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement