Sekilas
- Jamak Hussain dari Big Stage Rocketfuel mencuri perhatian sebagai peragawan di Kuala Lumpur Fashion Week untuk jenama Emri milik Emran Rijal.
- Penampilan Hussain mendapat pujian netizen yang menganggap wajahnya sangat sesuai untuk model profesional walaupun baru 16 minggu dalam industri hiburan.
- Rata-rata warganet bersetuju Hussain mempunyai pakej lengkap sebagai penghibur serba boleh dan berharap lebih banyak peluang modelling akan datang.
Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Hussain, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tampil sebagai peragawan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) untuk jenama Emri milik Emran Rijal.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna memuji penampilan Hussain sambil menyifatkan wajahnya mempunyai ciri-ciri seorang model profesional.
Wajah dia memang macam model. Raut wajahnya yang tajam memang luar biasa.
"Imagine being only 16 weeks into showbiz and already attending fashion show as a model... Jamak Hussain did that.
"Thank you Abang Emran and Kak Tyra for trusting him," tulis individu tersebut.
Perkongsian itu pantas meraih perhatian warganet dengan rata-rata bersetuju bahawa Hussain memiliki pakej lengkap untuk bergelar seorang penghibur serba boleh.
"AND MORE MODELLING JOB TO COMEEE😭😭👏👏🔥🔥🔥 FLY HIGH JAMAK HUSSAIN #klfw2026
"Dia ni mmg muka melayu asli tau. Hero malaya betul. Macam faizal hussein muda2 dulu.
"Face card never declined.
"Well, he has the face card.
"Kamu memang menyalahhhh Jamak!
"He owned the runway. Being a first timer he did very well. Another level of Jamak Hussain. Alhamdulillah," komen netizen.
Terdahulu, Hussain menjalankan kerjasama dengan Emran Rijal di pentas Big Stage Rocketfuel.