Skip to main content

Hiburan

Netizen Tersentuh Tengok Keakraban Ibu Syed Saddiq Layan Anak Bella Astillah - “Alhamdulillah, Tumpang Gembira Untuk Ayden”

Astro Gempak 516

Sekilas

  • Video tunjukkan Sharifah Mahani, ibu Syed Saddiq, mesra melayan Ayden, anak Bella Astillah, jadi tumpuan netizen.
  • Ramai puji hubungan erat nenek dan cucu serta sikap mesra Sharifah Mahani terhadap kanak-kanak.
  • Syed Saddiq dan Bella Astillah dilaporkan sudah bertunang pada 28 Mac lalu.
Advertisement

Perkongsian video memaparkan ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz bersama anak pelakon Bella Astillah, Ayden mencuri perhatian ramai dalam media sosial.

Menerusi video tersebut, Sharifah Mahani dilihat melayan kerenah Ayden sambil bergurau dan menulis sesuatu pada nota kecil sehingga mengundang rasa senang dalam kalangan netizen.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa gembira melihat hubungan akrab antara Ayden dan ibu kepada Syed Saddiq itu.

“Masya-Allah baik betul hubungan nenek dan cucu ni. Tumpang gembira untuk Ayden,” tulis seorang netizen.

“Alhamdulillah. Inilah sebaiknya hubungan yang penuh dengan rasa kasih sayang seorang nenek dan cucu. Untungnya Ayden,” komen pengguna lain.

Advertisement

“Alhamdulillah, semoga hubungan nenek dengan cucu baru bertambah erat. Amin,” ujar seorang lagi netizen.

Malah, ada juga yang memuji sikap mesra Sharifah Mahani yang disifatkan pandai melayan kanak-kanak.

“Mama YB pula cikgu, memang jiwanya pandai layan budak-budak sangat,” tulis seorang pengguna media sosial.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata dilaporkan selamat mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

Must Watch Video

Advertisement