Skip to main content

Hiburan

Netizen Tersentuh Tengok Momen Ara Peluk Erat Syed Syaddiq Usai Pernikahan - “Betapa Eratnya Mereka…”

Netizen Tersentuh Tengok Momen Ara Peluk Erat Syed Syaddiq Usai Pernikahan - “Betapa Eratnya Mereka…”

Sekilas

  • Bella Astillah dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan dalam majlis meriah di Merdeka 118 Precinct pada Sabtu.
  • Video mesra Syed Saddiq bersama anak tirinya, Ara Adreanna, tular dan mendapat perhatian netizen yang tersentuh dengan kemesraan mereka.
  • Majlis akad nikah diadakan dengan tema Islamic Arabic, dihadiri 255 jemputan serta menampilkan busana rekaan Zaimi Zulkafli.
Advertisement

Pasangan yang paling disukai rakyat Malaysia iaitu Bella Astillah dan Syed Saddiq Abdul Rahman (BASS) selamat diijabkbulkan dalam sebuah majlis yang penuh meriah pada Sabtu.

Terbaharu, tular satu rakaman video dimuat naik seorang netizen memaparkan momen mesra syed Saddiq bersama anak tirinya, Ara Adreanna.

Advertisement

Menerusi hantaran yang dibuat, dapat dilihat Ara memeluk Syed Saddiq dengan erat sewaktu bapa tirinya itu mendukung usai pernikahannya dengan Bella.

Ujar individu tersebut, momen itu ternyata membuatkan rata-rata netizen tersentuh melihat kemesraan antara Ara dengan Syed Saddiq.

Dia turut mendoakan agar Syed Saddiq dan Bella mengecapi kebahagiaan dan semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke Jannah.

Advertisement

“Betapa eratnya hubungan Ara bersama daddy barunya, Syed Saddiq. Melihat kemesraan mereka, saling berpelukan dan menunjukkan kasih sayang, pastinya membuatkan ramai turut tersenyum bahagia melihatnya.

“Semoga Ara dan Ayden sentiasa membesar dalam limpahan kasih sayang serta kebahagiaan bersama keluarga baru ini,” tulisnya.

Terdahulu, Bella selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi Sabtu.

Majlis akad nikah dikendalikan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selaku jurunikah iaitu YABhg. Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan berwalikan bapa Bella Astillah, Awang Astillah Abdullah@ Dullah serta dua orang saksi, Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin dan Ustaz Mohd Nizam Md Nor.

Pada hari istimewa itu, Bella dan Syed Saddiq mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Zaimi Zulkafli. 

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan daripada pihak wanita.  

Lebih menarik Bella dan Syed Saddiq menjadi pasangan pertama yang disatukan sebagai suami isteri di bangunan ikonik Malaysia, Merdeka 118 Precinct.

Majlis bertema Islamic Arabic dihadiri 255 jemputan termasuk keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua belah pihak.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement