Skip to main content

Hiburan

Netizen Tertanya-Tanya Macam Mana Khairul Aming Urus Banyak Benda Satu Masa, Ini Respon Tuan Badan - “Sebab Itu Dia Masih...”

Khairul Aming

Sekilas

  • Seorang pengguna Threads kagum dengan cara Khairul Aming menguruskan masa walaupun sibuk dengan pelbagai komitmen harian.
  • Khairul Aming aktif di Rembayung, produksi sambal di Kelantan, serta mengendalikan media sosial dan kehidupan peribadi secara serentak.
  • Khairul Aming baru-baru ini melancarkan produk sambal baharu selepas enam tahun dan turun padang untuk memahami proses penghasilan bahan utama produk tersebut.
Advertisement

Seorang individu di Threads menyorot perhatian selepas meluahkan rasa kagum terhadap pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming yang dilihat berjaya menguruskan masa dengan baik meskipun berdepan dengan pelbagai komitmen dalam kehidupan sehariannya.

Malah, individu tersebut tertanya-tanya bagaimana anak jati Kelantan itu mampu melakukan bermacam-macam urusan dalam satu masa meskipun jadualnya agak padat.

Advertisement

“KA (Khairul Aming) ada di Rembayung setiap hari, production sambal pula di Kelantan. Dalam masa yang sama boleh buat live, edit video content, post dan reply komen di media sosial serta urus manage personal life.

“Serious question Khairul Aming, macam mana awak urus rutin harian dan masa awak?

“Just curious sebab nampak macam banyak benda yang KA handle pada satu masa yang sama” tulisnya.

Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian daripada Khairul Aming yang dilihat memberikan respon ringkas tapi menghiburkan.

“Sebab tu dia masih single,” jawab Khairul Aming.

Terdahulu, Khairul Aming menyorot perhatian apabila memperkenalkan produk terbaharunya, Sambal Nyet Ikan Bilis selepas enam tahun berniaga dengan hanya satu sambal.

Lebih menarik, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman sendiri turun padang termasuk mengikuti nelayan ke laut di Setiu, Terengganu serta mengunjungi ladang cili di Banting, Selangor bagi mendalami proses mendapatkan bahan utama produk baharunya itu.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement