Skip to main content

Indonesia

Nikah Mei, El Rumi & Syifa Hadju Jalani Sesi Foto Pre Wedding Kali Kedua

Astro Gempak elrumi prewed

Sekilas

  • El Rumi dan Syifa Hadju akan melangsungkan perkahwinan pada Mei ini selepas menjalani sesi pra perkahwinan dengan tema tradisional Jawa di Keraton Surakarta.
  • Pasangan ini berkongsi foto pra perkahwinan mereka yang menampilkan busana klasik dan latar bangunan kolonial, mencipta suasana seperti bangsawan lama.
  • Mereka sebelum ini juga telah menjalani sesi pra perkahwinan bertemakan moden di London dan kini bersiap sedia untuk hari bahagia mereka selepas bertunang pada Januari lalu.
Advertisement

Pasangan selebriti El Rumi dan Syifa Hadju diketahui akan menikah pada Mei ini. Namun sebelum sah menjadi suami isteri, El Rumi, 26, dan Syifa, 25, tidak ketinggalan melakukan sesi pemotretan pre wedding atau pra perkahwinan yang merupakan trend masa kini.

Momen tersebut diabadikan oleh anak kedua Ahmad Dhani hasil perkahwinan bersama Maia Estianty ini dalam perkongsian di media sosialnya sehingga menarik perhatian peminat.

Advertisement

Ramai dalam kalangan peminat menyifatkan potret pre wedding yang diadakan di kawasan Keraton Surakarta, Jawa Tengah pasangan tersebut sangat klasik dan kental dengan nuansa tradisional Jawa.

Menerusi siri foto yang dikongsikan, El Rumi dilihat segak memakai persalinan lelaki Jawa sementara Syifa jelita dalam busana konsep sama. Selain pakaian yang dikenakan, lokasi penggambaran dengan berlatar bangunan klasik bergaya kolonial membuatkan El Rumi dan Syifa seperti bangsawan lama.

El Rumi dan Syifa menerusi perkongsian bersama di Instagram mereka menulis dalam bahasa Inggeris: “Rooted in tradition, guided by love.”

Advertisement

Sebelumnya, El Rumi dan Syifa telah menjalani sesi pre wedding di London pada Februari lalu yang dirakamkan dalam nuansa moden.

Bintang Mermaid in Love itu pertama kali dikhabarkan menjalin hubungan cinta dengan El Rumi atau nama sebenarnya, Ahmad El Jalaluddin Rumi pada pertengahan tahun 2024. Mereka kemudian mengikat cinta dengan bertunang pada Januari lalu. Keduanya kini dilaporkan bersiap sedia menuju pelamin dalam tempoh beberapa bulan mendatang.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

Must Watch Video

Advertisement