Sambungan internet yang pantas dan stabil bukan lagi satu kemewahan sebaliknya menjadi satu keperluan terutama bagi mereka yang gemar menstrim rancangan hiburan tanpa henti.
Bagaimanapun, pengalaman internet ‘slow’ bukanlah satu momen yang menarik untuk menikmati rancangan hiburan lebih-lebih lagi bersama keluarga.
Menyedari kepentingan itu, Astro memperkenalkan kempen Router Edisi Terhad Didi & Friends yang ditawarkan khusus kepada pelanggan Astro sedia ada atau pelanggan baharu yang melanggan pelan Astro Fibre 500Mbps bundle.
Advertisement
Dengan kelajuan yang lebih mantap dan sambungan yang stabil, Astro Fibre memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman penstriman tanpa gangguan, termasuk rancangan kanak-kanak Didi & Friends Storytime, drama tempatan, filem blockbuster, sukan secara langsung serta pelbagai pilihan kandungan menarik lain.
Lebih menarik, pakej ini turut disertakan dengan aplikasi Astro Fibre yang membolehkan pengguna mengurus sambungan WiFi rumah dengan lebih mudah.
Fungsi aplikasi termasuk kawalan ibu bapa dan perkongsian WiFi menerusi imbasan kod QR.
Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan edisi terhad Didi & Friends secara percuma tanpa caj tambahan, langgan pelan Astro Fibre 500Mbps dengan harga serendah RM90 sebulan untuk pelanggan Astro.
Kunjungi Astro Experience Store, Astro Exclusive Partners atau premium kiosk Astro berhampiran hari ini, dan nikmati pengalaman penstriman yang lebih mudah, lancar dan menyeronokkan bersama Astro. Sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://promotions.astro.com.my/bm/details/ddf-router untuk informasi lokasi-lokasi terpilih.