Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

Noh Sedih Borneo Rising Melabuhkan Tirai, Dedah Rakan Juri Pemurah: “ Marsha Habiskan RM2,500 Belanja Kopi, Zizan Bagi Kambing Golek…”

Noh Sedih Borneo Rising Melabuhkan Tirai, Dedah Rakan Juri Pemurah: “ Marsha Habiskan RM2,500 Belanja Kopi, Zizan Bagi Kambing Golek…”

Sekilas

  • Noh Salleh berkongsi pengalaman manis menjadi juri tetap program Borneo Rising bersama Shila Amzah, Marsha Milan, Zizan Razak dan Sherry Al Hadad yang mengangkat bakat serta budaya muzik Borneo.
  • Suasana di belakang tabir program sangat erat dan penuh keprihatinan, dengan juri sering berkongsi makanan dan Marsha membelanjakan RM2,500 untuk kopi kru produksi.
  • Empat peserta iaitu Petrova, Dabra, Joy dan Harris akan bertanding di pentas final Borneo Rising yang disiarkan secara langsung di Astro RIA, TV Okey dan platform digital.
Advertisement

Diberi tanggungjawab sebagai juri tetap program Borneo Rising telah memberi banyak pengetahuan, ilmu baharu dan pengalaman manis buat Noh Salleh.

Sementelah, komposer dan penyanyi tersebut menggalas tanggungjawab bersama rakan seperjuangan yang tidak kurang kaya ilmu dalam industri seni iaitu Shila Amzah dan Marsha Milan selain Zizan Razak dan Sherry Al Hadad mengemudi program julung kali yang mengangkat bakat, semangat, budaya dan identiti muzik Borneo.

Advertisement

Berbicara mengenai Borneo Rising yang akan melabuhkan tirai dengan pentas final pada malam Ahad, Noh menyifatkan penyertaannya dalam program tersebut umpama masuk ke sebuah keluarga besar yang cukup erat.

Pelantun Rahasia Tuhan itu juga mendedahkan suasana di belakang tabir program berkenaan cukup istimewa apabila semua yang terlibat bukan sekadar menjalankan tanggungjawab masing-masing, malah saling mengambil berat antara satu sama lain.

“Sekarang sudah minggu terakhir. Bila fikir balik, rasa macam tidak sangka semuanya sudah sampai ke penghujung.

Advertisement

“Kadang-kadang rasa tidak sabar nak habis tetapi apabila sudah sampai ke penghujung, rasa sayang pula nak berpisah dengan semua orang.

“Saya tidak tahu dengan program lain tapi di Borneo Rising, kami sangat akrab seperti sebuah keluarga. Hal ini yang akan saya rindukan saat ia berakhir kelak,” ujar Noh saat ditemui di Altus Prohouse baru-baru ini.

Noh selanjutnya mendedahkan sikap pemurah dan keprihatinan dalam kalangan barisan juri turut membuatkan pengalaman sepanjang program itu lebih bermakna.

Menurutnya, rakan seperjuangan di meja juri sering berlumba-lumba untuk menaja makanan kepada rakan-rakan dan kru produksi, termasuk menghantar makanan ke bilik penginapan masing-masing.

“Setiap malam, juri akan berebut-rebut mahu belanja makan. Ada yang hantar makanan ke bilik, tiba-tiba ada ayam Borenos, ikan bakar dan macam-macam lagi.

“Kadang-kadang, ada yang maklumkan dalam kumpulan WhatsApp makanan sudah tersedia di bilik tertentu dan semua orang boleh datang ambil. Memang seronok sebab kami semua rapat macam keluarga,” katanya.

Bukan itu sahaja, Noh turut berkongsi bagaimana Marsha menunjukkan keprihatinannya terhadap kebajikan seluruh tenaga produksi apabila sanggup membelanjakan kira-kira RM2,500 untuk menyediakan kopi kepada mereka yang bertugas ketika sesi latihan berlangsung.

Menurutnya, minuman itu bukan sahaja dinikmati oleh barisan artis, malah turut dikongsi bersama kru teknikal, juru kamera, petugas pencahayaan dan penerbit yang bekerja keras menjayakan program berkenaan.

“Bayangkan Marsha keluarkan RM2,500 belanja kopi untuk seluruh tim. Zizan pun tak mahu kalah, dia belanja Kambing Golek pula buat makan ramai-ramai. Semua berlumba-lumba kongsi rezeki,” ujarnya begitu menghargai silaturahim yang terjalin sepanjang menjadi ‘ahli keluarga’ Borneo Rising.

Berbicara mengenai para peserta, Noh mengakui dia tidak hanya melihat banyak potensi baharu daripada para peserta yang digali serta disifatkan ‘boleh pergi jauh’.

“Setiap peserta ada potensi dengan bakat yang mereka tonjolkan sepanjang prpgram berlangsung. Bagi saya, program ini cuma satu platform untuk mereka melangkah lebih jauh,” ujarnya.

Seramai empat peserta iaitu Petrova, Dabra, Joy dan Harris akan berentap di pentas final Borneo Rising di ITCC Mall, Panampang, Sabah dan siaran langsung bermula pukul 9 malam disiarkan menerusi Astro RIA (104)  dan TV Okey (saluran 146) selain distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Anda mungkin berminat dengan

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

V'ASIA KURMA MEDJOOL AL AQSA

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must Watch Video

Advertisement