Skip to main content

Hiburan

Noor Kumalasari Pilih Untuk Fokus Agama, Enggan Kembali Berlakon, Menyanyi - “Saya Dengar Pun Penat…”

Noor Kumalasari

Primadona, Noor Kumalasari akui tidak berminat untuk kembali ke dunia seni meskipun masih menerima pelbagai tawaran lakonan dan nyanyian.

Menurut Noor, hatinya kini lebih tenang memberi tumpuan kepada hal-hal kerohanian dan enggan lagi melalui kepenatan dunia hiburan.

“Entah, Allah dah tutup kot hati ni. Saya dah belakon dan lalui selok belok dunia lakonan, bagi saya pada usia ini saya nak tumpu kepada perkara lain, lebih kepada agama.

“Saya dah penat, Saya tengok pelakon kat TV pun saya rasa penat sebab saya tahu bagaimana sebalik tabir semua itu,” katanya.

Bukan sahaja lakonan, pelantun lagu Selamat Pagi Sayang itu turut menolak tawaran untuk kembali menyanyi meskipun ditawarkan bayaran yang lumayan.

“Dapat tawaran menyanyi pun saya tak nak. Walaupun mereka kata miming tak perlu nyanyi live pun saya tak nak, dengar dekat radio sajalah. Tak kisahlah kalau bayaran mahal sekali pun,” tambahnya.

Noor Kumalasari ditemui media ketika hadir ke pelancaran tudung Nafesa di The Agam baru-baru ini.

Must-Watch Video

Advertisement