Skip to main content

Hiburan

Noor Nabila Kongsi Sebab Tertarik Dengan Bakal Suami - “Pada Mula Perjumpaan, Banyak Yang Dia Tak Tahu…”

Noor Nabila

Sekilas

  • Noor Nabila terpikat dengan keikhlasan Ameer Aiman sejak awal perkenalan mereka.
  • Ameer kurang mengetahui tentang Nabila dan keluarganya, membuatkan Nabila rasa lebih selesa dan ikhlas dalam hubungan mereka.
  • Mereka mula kenal sejak tahun lalu selepas bertemu di gimnasium dan hubungan mereka berkembang dari situ.
Advertisement

Bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, usahawan dan pempengaruh Noor Nabila berkongsi sebab dia terpikat dengan kekasih hatinya, Ameer Aiman. 

 

Advertisement

Nabila berkata, Keikhlasan yang ditunjukkan Ameer sejak awal mereka mengenali antara satu sama lain membuatkan hatinya terpikat. 

 

Bukan itu saja, kakak kepada selebriti Neelofa itu juga mendedahkan Ameer kurang mengetahui tentang dirinya dan keluarganya. 

Advertisement

 

“Dia seorang yang sangat ikhlas. Apa yang keluar dari mulut dia, bila saya tanya sesuatu, dia orang matang. Seseorang yang bukan naif, tapi dia ‘transparent’. Saya rasa macam susah juga nak jumpa orang yang macam ini sekarang. 

 

“Nombor dua, dia tak tahu sangat fasal saya. Pada mula perjumpaan kita, banyak yang dia tak tahu. Jadi saya rasa macam, ‘Oh, saya lebih suka orang yang kurang info pasal saya atau keluarga saya.’

 

“Saya rasa lebih selesa macam itu, maksudnya ikhlaslah kalau suka dengan kita. Nombor tiga, sudah tentu, dia dengan Jayden. Bila saya nampak dia boleh melayan Jayden, itu menarik,” katanya.

 

Nabila berkata, dia dan Ameer mula mengenali sejak tahun lalu apabila mereka bertemu di gimnasium.

 

“Kemudian saya dapat kenal dia, dia ajak keluar. Dari situlah,” katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Must Watch Video

Advertisement