Skip to main content

Viral

Noor Nabila Terbang Ke Paris Demi Wangian Hari Bahagia, Bakal Kahwin Hujung Tahun Ini

Noor Nabila Terbang Ke Paris Demi Wangian Hari Bahagia, Bakal Kahwin Hujung Tahun Ini

Sekilas

  • Noor Nabila terbang ke Paris untuk mencari wangian istimewa bagi hari perkahwinannya dengan Ameer Aiman hujung tahun ini.
  • Beliau berpeluang bertemu pengasas Ex Nihilo dan mendapat wangian eksklusif yang dicipta khas menggunakan teknologi The Osmologue.
  • Wangian tersebut dipilih sebagai memori yang akan mengingatkan Nabila tentang detik istimewa perkahwinannya sepanjang hayat.
Advertisement

Personaliti media sosial dan usahawan, Noor Nabila sanggup terbang ke Paris, Perancis demi mencari wangian istimewa untuk digunakan pada hari perkahwinannya bersama jejaka pilihan, Ameer Aiman yang dijangka berlangsung hujung tahun ini.

Menurut Nabila, 41, kunjungan ke kota romantik itu turut menjadi sebahagian daripada persiapan menuju hari bahagia mereka, termasuk mencari minyak wangi yang mempunyai nilai sentimental tersendiri.

Advertisement

Lebih istimewa, Nabila tidak menyangka kunjungannya itu membuka peluang untuk bertemu pengasas bersama jenama wangian Ex Nihilo, Benoît Verdier yang kemudian menawarkan untuk menghasilkan wangian khas buat dirinya.

“Saya tak sangka apabila Verdier sudi mencipta wangian khas untuk hari bahagia saya.

“Lebih istimewa, kami memilih Ex Nihilo Lust In Paradise sebagai asas dan Verdier menambah elemen rosen menggunakan teknologi The Osmologue bagi menghasilkan aroma yang lebih floral, feminin dan romantik.

“Minyak wangi ini adalah satu memori. Saya mahu wangian ini sentiasa mengingatkan saya kepada hari perkahwinan saya walaupun bertahun-tahun selepas itu,” katanya.

Pertemuan tersebut akhirnya menghasilkan wangian eksklusif versi ‘one-of-one’ yang bakal digunakan Nabila pada hari perkahwinannya nanti.

Bagi kakak kepada selebriti popular Neelofa itu, pemilihan wangian bukan sekadar sebahagian daripada persiapan perkahwinan, sebaliknya mahu menjadikan aroma tersebut sebagai satu memori yang boleh membawanya kembali kepada detik istimewa bersama Ameer.

Advertisement

Malah, minat Nabila terhadap jenama berkenaan bukanlah sesuatu yang baharu kerana dia sudah lama menjadikan wangian keluaran Ex Nihilo sebagai antara pilihannya.

“Ex Nihilo sudah bertapak hampir 13 tahun dan jenama ini memang sentiasa menjadi antara kegemaran.

“Saya memang sukakan wangian dan merancang supaya hari bahagia saya nanti ‘dibaluti’ dengan aroma yang istimewa agar ia menjadi satu memori indah yang boleh dikenang sampai bila-bila,” ujarnya.

Nabila dan Ameer dijangka melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Must Watch Video

Advertisement