Skip to main content

Hiburan

Nora Ariffin Kongsi Foto Terkini Selepas Dua Bulan Jalani Pembedahan Bariatrik - “Alhamdulillah Lebih Sihat & Bersyukur”

Nora Ariffin

Sekilas

  • Datuk Nora Ariffin berkongsi perkembangan selepas dua bulan menjalani pembedahan bariatrik yang berjaya.
  • Beliau kini berada dalam keadaan lebih sihat dan tampil lebih langsing dalam foto terkini yang dikongsi di Threads.
  • Rata-rata warganet memuji penampilan Nora yang semakin cantik dan berseri selepas pembedahan.

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menyorot perhatian apabila berkongsi perkembangan terkininya selepas dua bulan menjalani pembedahan bariatrik.

Menerusi perkongsian di Threads, Nora meluahkan rasa syukur kerana selesai menjalani prosedur tersebut dengan jayanya. Ujar Nora, dia juga kini berada dalam keadaan yang lebih sihat.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira, lebih sihat dan bersyukur,” tulisnya ringkas.

Dalam masa sama, Nora turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pakar bedah yang mengendalikan prosedur pembedahannya itu.

Menerusi perkongsian yang sama, pelantun lagu Hanya Satu itu turut berkongsi foto keadaan terkininya yang semakin langsing dan sihat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Nora yang dilihat semakin cantik dan berseri.

“Alhamdulillah Nora makin cantik dan sihat.

“Makin cantik Nora, abaikan mulut orang,” komen netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement