Penyanyi, Datuk Nora Ariffin mengakui penat apabila kes perceraiannya dengan suami, Dr. Rushdi Ramli masih berlarutan dan belum menemui titik penyelesaian.
Bagaimanapun, Nora atau nama lengkap Wan Norafizah Ariffin, 52, menghormati prosedur yang telah ditetapkan mahkamah.
Advertisement
Penat, memang saya penat. Namun saya tahu ini adalah prosedur mahkamah dan saya harus menghoramti, perlu ikut. Banyak undang-undang patut dipatuhi.
Proses perceraian masih belum selesai dan berlarutan, saya hanya ikut sahaja prosedur mahkamah dan dalam masa sama mencari jalan penyelesaian terbaik.
Saya juga tidak pasti jika Dr Rushdi mahu bagi keputusan lain dalam tempoh proses hakam ini. Segala keputusan bergantung kepada Dr Rusdi.
Nora berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai proses pelantikan wakil hakam di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Rabu.
Nora melantik anak sulungnya Mohd Syakir Iman, 32, sebagi wakil hakam, sementara Dr Rushdi turut melantik anak sulungnya, Muhammad Shahkir, 34, sebagai wakil.
Diminta memberi respon mengenai komen netizen yang meluahkan rasa bosan dengan perkembangan kes cerainya, Nora mempunyai jawapan sendiri.
Saya ada juga terfikir, tiada ke jalan lain yang lebih cepat. Nanti akan ada orang yang cakap macam-macam.
Mungkin orang di luar sana berkata kerana mereka tidak faham prosedur mahkamah.
Saya juga sedikit sedih apabila orang tuduh saya bayar media untuk datang ke prosiding kes saya.
Untuk info, mahkamah menentapkan 30 September depan sebagai tarikh sebutan seterusnya bagi prosiding hakam membabitkan kes perceraian pasangan itu.
Pada 21 April lalu, Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus pelbagai konflik susulan hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan video lafaz cerai oleh Dr Rushdi terhadapnya.
Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, Nora memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
Imbas kembali, lNora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya pada 2021.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Sumber: Oh Bulan!