Sekilas
- Nora Ariffin menitipkan pesanan supaya orang ramai menghargai insan tersayang selagi masih berpeluang bersama mereka.
- Beliau berkongsi rasa sedih setiap kali menerima berita kehilangan ahli keluarga dan mengajak yang diuji supaya tabah.
- Nora mengingatkan supaya bersyukur dan menghargai kehadiran ahli keluarga selagi mereka masih ada.
Penyanyi Nora Ariffin menitipkan pesanan supaya orang ramai menghargai insan tersayang selagi masih berpeluang menikmati kebersamaan dengan mereka.
Menerusi perkongsian di Threads, Nora mengakui hatinya turut diselubungi kesedihan setiap kali menerima berita seseorang kehilangan ahli keluarga.
“Setiap kali mendengar berita suami, ayah, atau anak meninggal dunia, hati ini turut terasa sedih.
“Bukan mudah untuk melaluinya; hanya mereka yang pernah mengalaminya benar-benar memahami. Bertabahlah buat yang sedang diuji,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Nora mengingatkan mereka yang masih mempunyai insan tersayang supaya bersyukur dan menghargai kehadiran ahli keluarga masing-masing.
“Kepada yang masih memiliki insan tersayang, bersyukurlah dan hargailah mereka selagi ada,” titipnya.
Sumber: Threads