Sekilas
- Pelakon Nora Danish berkongsi kebimbangannya tentang kemungkinan melukakan hati seseorang sebelum menemui cinta sejati.
- Dia takut bukan kerana dirinya terluka, tetapi kerana mungkin menyakiti orang yang benar-benar menyayanginya.
- Perkongsian Nora mendapat respon daripada wargamaya yang turut berkongsi perasaan sama tentang cinta.
Pelakon Nora Danish berkongsi mengenai kebimbangannya dalam mencari cinta yang tepat.
Menerusi perkongsian di Threads, Nora mengakui ada ketika dia terfikir tentang kemungkinan dirinya melukakan hati seseorang tanpa sengaja sebelum menemui cinta sejati.
“Kadangkala saya tertanya-tanya, berapa banyak hati yang mungkin saya lukai tanpa sengaja sebelum akhirnya menemui cinta sejati.
“Saya tidak mahu terus bertemu dengan orang yang baik, namun akhirnya menyedari mereka bukanlah insan yang tepat untuk saya.
“Mungkin itulah perkara yang paling menakutkan saya tentang cinta. Bukan rasa terluka, tetapi melukai seseorang yang benar-benar menyayangi saya 🥹,” katanya
Rata-rata wargamaya turut berkongsi pendapat tentang cinta memandangkan mereka juga mempunyai perasaan yang sama seperti Nora.
Sumber - Threads