Skip to main content

Hiburan

Nora Danish Enggan Komen Hantaran Bekas Suami, Pilih Hormati Privasi Selepas Berpisah - ‘Saya Sibuk Urus Perniagaan’

Nora Danish

Pelakon dan usahawan, Nora Danish enggan memberikan sebarang komen berhubung beberapa ciapan yang dibuat bekas suaminya, Nedim Nazri Aziz di aplikasi Threads sejak beberapa hari yang lalu.

Ujar Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, dia juga menghormati privasi Nedim dan memilih untuk tidak mencampuri sebarang urusan peribadi bekas suaminya itu.

“Sebenarnya saya tak mahu komen apa-apa mengenai perkara ini ditambah pula saya sudah tidak lagi bersama dengannya”.

“Saya hormati hak dan privasi dia dan saya memang tak nak komen apa-apa sebab tak ada kena mengena dengan saya,” kongsi Nora ketika ditemui Gempak.

Advertisement

Nora berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama ‘Saling Tak Terlihat’ yang diadakan di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam masa yang sama, pelakon filem ‘Polis Evo’ itu memaklumkan dia juga tidak mengetahui mengenai hantaran yang dibuat Nedim kerana sibuk menguruskan perniagaannya.

“Saya juga tak baca sangat ciapan yang dibuat sebab saya sedang sibuk uruskan restoran saya.”

“Saya tak ‘aware’ dan tak rasa ciapan itu ditujukan kepada saya sebab saya mempunyai hubungan yang baik dengan dia.”

“Saya mengharapkan hubungan yang baik-baik dengan semua pihak. Seperti yang saya tekankan dari awal lagi, saya memang menitikberatkan hubungan baik untuk membesarkan anak saya dengan sihat.”

Terdahulu, Nedim menyorot perhatian ramai selepas mendakwa terdapat individu yang cuba mengganggu anaknya.

Sebelum itu, Nora dan Nedim sah bercerai pada Jun tahun lalu selepas tujuh tahun mendirikan bahtera rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, 6.

Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan memiliki anak lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

Must-Watch Video

Advertisement