Skip to main content

Hiburan

Nora Danish Hargai Tindakan Boss Ned Pertahankan Dirinya - “Rasa Hormat Tetap Ada Meskipun Kita Bawa Haluan Berbeza”

Nora Danish

Sekilas

  • Pelakon Nora Danish mengucapkan terima kasih kepada bekas suaminya, Nedim Nazri, kerana mempertahankan dirinya daripada kecaman netizen di Threads.
  • Nora menegaskan bahawa sikap saling hormat tetap wujud walaupun mereka sudah berpisah sebagai suami isteri.
  • Nora dan Nedim berkahwin pada 2017 dan bercerai pada 2024, serta dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Neqayl.
Advertisement

Pelakon, Nora Danish memberikan respons terhadap kenyataan yang dibuat bekas suami, Nedim Nazri menerusi Threads.

Menerusi ruangan komen, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif merakamkan kata penghargaan buat Nedim kerana telah mempertahankan dirinya selepas menerima kecaman daripada segelintir netizen.

Advertisement

Ujar Nora, sikap saling hormat-menghormati masih mereka terapkan meskipun sudah tidak lagi mempunyai ikatan sebagai seorang suami isteri.

“Saya percaya bahawa kebaikan dan rasa hormat perlu sentiasa ada meskipun haluan hidup kita berbeza.

“Terima kasih kerana mempertahankan saya ketika saya perlukannya,” respon Nora.

Advertisement

Sebelum ini, Nora membalas ciapan Boss Ned yang  mempersoalkan mengapa perniagaan sedikit perlahan ketika di bulan Ramadan.

Dengan ringkas, Nora membalas pertanyaan itu dengan mengatakan Allah SWT meminta hambaNya untuk beribadah.

Kenyataan balasnya itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menganggap jawapan tersebut tidak sesuai.

Imbas kembali, Nedim dan Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2017 namun bercerai talak satu pada 19 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

Bayu Somerset Calanthe Kurung Pink

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

Must Watch Video

Advertisement