Skip to main content

Hiburan

Nora Danish Kongsi Foto Lelaki Bercermin Mata Tarik Perhatian Netizen - “A New Chapter…”

Nora BF

Perkongsian pelakon Nora Danish yang memuat naik beberapa keping gambar sepanjang bulan Ogos di laman Instagram menarik perhatian netizen. 


Menariknya, salah satu gambar yang dikongsikannya memperlihatkan separuh wajah seorang lelaki telah menarik perhatian netizen.

Dalam perkongsian sama, Nora memberi banyangan satu babak baharu akan bermula dalam kehidupannya. 

Advertisement


Bagaimanapun Nora tidak menyatakan sebarang kapsyen secara detail mengenai perkongsian berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat pelakon yang terkenal menerusi filem Polis Evo itu. 

“Alhamdulillah. ❤️❤️❤️

“Semoga yg baik2 yg manis2 utk norra n anak2

“Masya Allah tabarokallah Smg Sht Sllu Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rob 

“Semoga dipermudahkan ,” tulis netizen. 

Terdahulu, Nora Danish telah disahkan bercerai dengan Nedim Nazri pada 19 Jun 2024 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. 

Mereka bersetuju untuk mengakhiri hubungan setelah tujuh tahun dan kedua-dua pihak ingin membesarkan anak-anak mereka dengan kasih sayang dan positif. 

 Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal, 15 sebelum bercerai pada 2008.

 



 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by نورا دانيش (@noradanish)

Must-Watch Video