Skip to main content

Selebriti

Nora Danish Tak Lagi Fokus Soal Cinta, Kini Bahagia Dengan Pickleball - “Mana Tahu Bertemu Jodoh Di Court”

Nora Danish jodoh pickleball

Sekilas

  • Nora Danish kini lebih fokus pada sukan pickleball dan kebahagiaan diri berbanding memikirkan soal percintaan.
  • Pelakon itu masih belum mempunyai teman istimewa dan tidak dalam fasa mencari pasangan buat masa ini.
  • Nora menafikan spekulasi mengenai perkahwinan baru dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah SWT.

Pelakon, Nora Danish mengakui kehidupannya ketika ini lebih tertumpu kepada diri sendiri dan aktiviti yang memberi kebahagiaan kepadanya berbanding memikirkan soal percintaan.

Menurut Nora, sejak mula aktif dalam sukan pickleball, fokusnya kini banyak tertumpu kepada aktiviti tersebut sehingga tidak lagi terlalu memikirkan mengenai soal jodoh.

Malah, dia juga terkejut dengan perubahan yang berlaku pada dirinya memandangkan sebelum ini Nora seorang yang gemar memikirkan tentang masa depan bersama pasangan hidup.

“Fasa saya sekarang alhamdulillah, saya memang tak fokus lagi pada percintaan.

“Sebenarnya saya pun terkejut sebab saya ingat saya seorang yang suka berfikir megenai hal berkahwin secepat mungkin sebab saya suka ada pasangan dalam kehidupan saya.

“Tapi sejak saya menceburi bidang sukan pickleball ini, saya lebih fokus kepada sukan ini dan tidak fikir sangat tentang perkara itu,” katanya.

Nora berkata demikian ketika ditemui pada acara santai Pickleball bersama para pelakon filem 5 Bomoh bertempat di Cave by PP Club Pickleball Court di Jalan Ampang pada Isnin.

Bagaimanapun, Nora tidak menolak kemungkinan untuk bertemu jodoh pada masa akan datang dan menyerahkan sepenuhnya soal tersebut kepada ketentuan Allah SWT.

“Saya serah pada Allah, kalau ada jodoh ada, mungkin bertemu jodoh di pickle court ini kan? Mana kita tahu, doakan,” ujarnya berseloroh.

 



Dalam masa sama, Nora turut menjelaskan bahawa dia masih belum mempunyai teman istimewa dan tidak berada dalam fasa mencari pasangan buat masa ini.

Kata Nora, dia lebih selesa menikmati kehidupan yang sedang dilaluinya kini dan percaya segala akan akan hadir pada waktu yang tepat.

“Tapi saya serius, ya saya belum ada sesiapa lagi buat masa ini dan saya pun tidak mencari. Doakan saya ya,” ujarnya.

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum berpisah pada 19 Jun 2024 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl.

Sebelum itu, Nora juga pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 2006 sebelum bercerai pada 2008 dan memiliki seorang lagi anak lelaki, Putra Rayqal.

Kemudian timbul spekulasi mengenai status Nora selepas dia memuat naik foto seorang lelaki berkopiah putih selain tular kad jemputan berinisial ‘M’ dan ‘N’ bertarikh 8 September 2025.

Bagaimanapun, Nora menafikan dakwaan kononnya dia bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dan masih kekal berstatus solo.

Anda mungkin berminat dengan

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Must Watch Video

Advertisement