Skip to main content

Selebriti

Nora Danish Titip Pesan Buat Wanita Cari Calon Suami - “Adakah Dia Berubah Kerana Allah, Atau Sekadar Untuk Memiliki Kita?”

Nora Danish Titip Pesan Buat Wanita Cari Calon Suami - “Adakah Dia Berubah Kerana Allah, Atau Sekadar Untuk Memiliki Kita?”

Sekilas

  • Nora Danish menasihati wanita supaya lebih teliti memilih pasangan, terutama dari segi agama dan prinsip.
  • Beliau menegaskan pentingnya pasangan yang mampu membimbing dan sama-sama belajar serta berubah dalam rumah tangga.
  • Nora juga mengingatkan perubahan harus ikhlas dari hati, bukan sekadar untuk memikat hati pasangan.
Advertisement

Pelakon, Nora Danish menitipkan pesanan kepada kaum wanita agar lebih teliti dalam memilih pasangan hidup, khususnya dalam soal agama dan prinsip.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Nora berkata selain bersangka baik atau husnuzon, seseorang wanita perlu melihat sejauh mana bakal suami mampu membimbing serta mempunyai kefahaman agama yang baik.

Advertisement

Malah Nora juga berpendapat pasangan yang baik bukan hanya sekadar mampu memberikan kebahagiaan, tetapi turut bersedia untuk belajar dan berubah bersama dalam membina kehidupan rumah tangga.

“At the end of the day, selain husnuzon, carilah suami yang mampu membimbing kita, yang memahami agama dan berusaha mengamalkannya. Belajar dan berubah bersama itu indah,” coretnya.

Dalam pada itu, Nora juga mengingatkan bahawa perubahan seseorang seharusnya lahir daripada keikhlasan hati dan bukannya dilakukan semata-mata untuk memikat hati seseorang.

Advertisement

“Cuma, kita perlu jujur melihat adakah dia berubah kerana Allah, atau sekadar untuk memiliki kita?

“Sebab kalau perubahan itu hanya bertahan selagi dia sedang mengejar, akhirnya kita yang penat berharap,” kongsinya.

Sementara itu, rata-rata netizen juga turut bersetuju dengan pandangan Nora selain menyifatkan penting untuk seseorang wanita melihat usaha dan konsistensi pasangan dalam mengamalkan nilai agama serta memperbaiki diri.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Must Watch Video

Advertisement