Skip to main content

Selebriti

Noraniza Idris Hargai Jemputan Siti Nurhaliza, Anggap Gema Bumantara Detik Terindah Perjalanan Seni - “Terima Kasih Kerana Masih Mengingati Kak Ani…”

Noraniza Idris Hargai Jemputan Siti Nurhaliza, Anggap Gema Bumantara Detik Terindah Perjalanan Seni - “Terima Kasih Kerana Masih Mengingati Kak Ani…”

Sekilas

  • Noraniza Idris meluahkan rasa syukur dan menghargai peluang untuk beraksi dalam Konsert Tradisional Gema Bumantara yang menjadi antara kenangan paling bermakna dalam karier seninya.
  • Beliau berasa terhormat dapat berdiri bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Rozi dalam konsert yang mengangkat muzik tradisional Malaysia secara megah.
  • Noraniza turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang perjalanan seni dan menghargai kasih sayang yang diterima daripada peminat.
Advertisement

Penyanyi dan ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang menjadi sebahagian daripada Konsert Tradisional Gema Bumantara yang berlangsung pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Threads, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani berkata pengalaman membuat persembahan di pentas berkenaan menjadi antara kenangan paling bermakna sepanjang perjalanan seninya.

Advertisement

“Pentas sudah sunyi, tetapi kenangan malam tadi masih belum reda dalam hati Kak Ani.

“Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyambut Hati Kama serta Dondang Dendang dengan penuh kasih.

“Selepas beberapa hari melalui latihan demi latihan, Alhamdulillah, Allah pinjamkan kekuatan untuk Kak Ani menyempurnakan amanah ini,” kongsinya.

Advertisement

Dalam hantaran yang sama, Noraniza menyifatkan peluang untuk berdiri bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi konsert berkenaan juga sebagai satu penghormatan yang amat dihargai.

“Saat berdiri di hadapan anda semua, segala penat terasa begitu berbaloi. Rozi dan Siti, terima kasih kerana masih mengingati Kak Ani. Jemputan ini sangat besar maknanya.

“Diberi ruang untuk berdiri bersama dan menjadi sebahagian daripada keluarga Gema Bumantara ialah kenangan yang akan Kak Ani simpan sampai bila-bila,” coretnya.

Dalam pada itu, Noraniza turut menyatakan selepas pengalaman beraksi di Sukan Komanwel 1998 (SUKOM ’98), persembahan di Konsert Gema Bumatara menjadi antara momen terindah buat dirinya.

“Selepas SUKOM ’98, malam tadi menjadi antara detik paling indah dalam lipatan sejarah perjalanan seni Kak Ani.

“Tahniah Siti, Rozi dan seluruh warga kerja kerana mengangkat muzik tradisional kita dengan begitu megah,” tulisnya.

Dalam masa sama, Noraniza turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak pernah putus memberikan doa serta sokongan terhadap perjalanan seninya.

Katanya lagi, meskipun tidak mampu membalas setiap sokongan yang diterima, segala kasih sayang yang dicurahkan amat dirasai dan dihargai.

“Buat semua yang terus mendoakan dan menyokong, mungkin Kak Ani tak mampu membalas setiap satu, tetapi percayalah… kasih anda semua sampai ke hati.

“Kak Ani sangat menghargai anda semua. Terima kasih kerana terus memberi tempat buat Kak Ani,” coretnya.

Terdahulu, konsert Tradisional Gema Bumantara menjadi hadiah istimewa buat peminat selain usaha meraikan dan mengangkat semula keindahan muzik tradisional agar terus kekal relevan merentas generasi.

Ini sekali gus menjadi konsert solo pertama Siti di lokasi ikonik itu yang mengetengahkan sepenuhnya konsep muzik tradisional dan warisan Nusantara.

Menariknya, konsert berkenaan turut dimeriahkan dengan artis undangan membabitkan penyanyi jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, Haziq Rosebi serta dua penyanyi dari Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar.

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Must Watch Video

Advertisement