Skip to main content

Hiburan

Noraniza Idris Titip Pesanan Buat Biduanita Negara - "Siti Jangan Berhenti..."

Noraniza Idris Titip Pesanan Buat Biduanita Negara - "Siti Jangan Berhenti..."
Advertisement

Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris menitipkan pesanan buat Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza agar terus memperjuangkan dan mengangkat legasi muzik irama tradisional Malaysia.

Menurut Noraniza, usaha memartabatkan muzik tradisional perlu diteruskan supaya warisan seni berkenaan kekal relevan dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Advertisement

“Pesanan untuk diri saya juga, Siti jangan berhenti. Teruskan legasi Irama Malaysia kita untuk seterusnya. Jangan berhenti,” katanya.

Sementara itu, Siti turut membalas pesanan berkenaan dengan menzahirkan penghargaan kepada Noraniza yang disifatkannya sebagai antara idola penyanyi irama tradisional Malaysia, termasuk dirinya sendiri.

“Terima kasih kerana menjadi idola untuk penyanyi irama tradisional Malaysia, termasuklah saya,” balas Siti.

Advertisement

Sekadar info, Noraniza Idris bergabung pentas bersama Siti Nurhaliza sempena konsert Gema Bumantara.

Noraniza Idris menyampaikan dua buah lagu bersama Siti iaitu Dondang Dendang dan Hati Kama.

Konsert Tradisional Gema Bumantara dipentaskan Siti selepas sembilan bulan mencipta sejarah menerusi konsert tiga dekad pembabitannya dalam industri seni, iaitu Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berjaya menghimpunkan kira-kira 65,000 di lokasi sama pada 10 Januari lalu.

Konsert berkenaan menjadi hadiah istimewa buat peminat selain usaha meraikan dan mengangkat semula keindahan muzik tradisional agar terus kekal relevan merentas generasi.

Ini sekali gus menjadi konsert solo pertama Siti di lokasi ikonik itu yang mengetengahkan sepenuhnya konsep muzik tradisional dan warisan Nusantara.

Menariknya, konsert berkenaan turut dimeriahkan dengan artis undangan membabitkan penyanyi jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, Haziq Rosebi serta dua penyanyi dari Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement